in

PU Syed Tegur Pelakon Senior Pakai Baju Motif Bikini, Tak Cakna Pada Dosa & Pahala

pu syed bikini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang selebriti, pastinya segala gerak geri dan perlakuan seseorang itu menjadi perhatian ramai.

Malah jika seorang selebriti itu ada peminat yang ramai, pastinya segala perlakuannya akan menjadi ikutan ramai.


Pun begitu, baru-baru ini, PU Syed menerusi akaun Facebook telah memuat naik posting teguran terhadap tiga orang pelakon wanita senior yang dikatakan telah memberi contoh kurang baik kepada peminat.

pus 1677126496

Artikel berkaitan: “Boikotlah hiburan yang melampau” – PU Syed Buat Teguran Terbuka Pasal MV Terbaru Dolla

Artikel berkaitan: Baby Shima Saman PU Syed Atas Tuduhan Memfitnah

Pakai baju yang bermotifkan pakaian dalam 

Menurut PU Syed, selebriti tersebut dikatakan telah memakai baju yang bermotifkan pakaian dalam atau bikini sambil berjoget yang mana perkara tersebut telah memberikan contoh yang tak betul kepada peminat-peminat mereka.

Walaupun bukan memakai pakaian dalam yang sebenar tetapi dengan memakai baju yang bergambar pakaian dalam tersebut ianya telah membawa fitnah kepada yang memakainya, apatah lagi jika pemakaiannya itu dipertontonkan kepada masyarakat walaupun sekadar content. 

“Boleh sahaja kalian nak pakai baju yang bergambar sebegitu atau memang nak pakai pakaian sebenar, tetapi HANYA untuk suami kalian, bahkan untuk suami kalian, tak pakai apapun adalah halal bagi mereka!” katanya.

jjcm

PU Syed juga memberi peringatan kepada semua penggiat seni untuk tidak mencampur adukkan perkara yang halal, haram dan syubhah dalam kehidupan apatah lagi jika seseorang itu boleh menjadi daya penarik kepada peminat-peminat mereka, takut ia menjadi ikutan tidak baik.

Terdahulu, tiga orang selebriti yang mana salah seorang dari mereka merupakan bekas pengacara terkenal tular memuat naik video percutian bersama dan dilihat memakai baju t-shirt bermotifkan bikini.

Posting tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyatakan rasa geli hati dengan gelagat selebriti berkenaan dan ada pula yang mengecam.

Sumber: Facebook, Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.