Semalam, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menghadap baginda pada pukul 10.30 pagi ini di Istana Negara berhubung keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti sebagai Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, Setiausaha Agung BN sudah mengemukakan permohonan agar sesi menghadap itu ditangguhkan, lapor Astro AWANI.
Ia diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan pada jam 9 malam semalam (Selasa).
Kita masih meneliti beberapa perkara lagi, jadi kita telah memohon pihak Istana Negara untuk menangguhkan pertemuan esok.
“Pun begitu, kita masih menunggu keputusan daripada pihak Istana Negara,” katanya ketika ditemui di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre (WTC).
Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, setakat ini BN telah mengambil pendekatan untuk kekal dengan keputusan tak menyokong mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH).
Wakil GPS pula dipanggil menghadap
Pun begitu, menurut Malaysiakini, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) difahamkan telah dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Sumber berkata, sebanyak lima wakil akan menghadap tuanku hari ini, antaranya adalah Richard Riot dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Aaron Ago Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Fadillah Yusof dan Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ya, saya boleh mengesahkan Seri Paduka Baginda menitahkan wakil GPS menghadapnya hari ini.
“Sebanyak lima wakil akan menghadap Tuanku,” katanya.
Apa-apapun diharapkan korang semua bertenang dan sabar sambil menunggu keputusan Agong berkaitan hal ini.
Baca: “Sekarang ni ada kekosongan jawatan (PM) dan terbuka utk permohonan” – Anwar Ibrahim