Pemilik Perodua Bezza mungkin boleh tersenyum bangga apabila sedan bajet kegemaran rakyat Malaysia itu kini dipilih sebagai kereta peronda rasmi polis Papua New Guinea (PNG).
Beberapa foto dan video yang tular di media sosial memaparkan deretan Bezza putih lengkap dengan pelekat serta lampu siren polis di bahagian bumbung, dipercayai digunakan oleh Royal Papua New Guinea Constabulary (RPNGC).
Artikel berkaitan: Tular Langg*r Penunggang Motor, Pemandu Bezza Sudah Ditahan Polis & Ada 4 Rekod Jenayah
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Suspek Kes Temb*kan Di Golok
@brittany.jane93 “Who knew the Perodua Bezza could pull off the police car look? Here you go! 🇵🇬 🚨🚔🚓👮♀️👮♂️ #perodua #peroduapnglimited #bezza #sedan
Berita itu menarik perhatian netizen tempatan yang teruja melihat kenderaan keluaran Malaysia menembusi pasaran luar, lebih menarik lagi apabila ia digunakan sebagai kereta rondaan rasmi pasukan polis negara lain.
Model Bezza yang digunakan di PNG difahamkan adalah versi eksport untuk pasaran luar Asia Tenggara dan dipilih kerana penjimatan minyak, ketahanannya serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Pada masa sama, ramai menganggap perkembangan ini sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap keupayaan kejuruteraan automotif Malaysia, malah ada yang mencadangkan kerajaan memberi penghargaan khas kepada Perodua atas “kejayaan diplomasi Bezza” itu.
