in

“Produk cuci usus!”- PENDEDAHAN! Pengambilan Produk Detox Dan Julap Berlebihan Mampu Sebabkan Melanosis Coli

Featured 32

First of all admin nak bagitau yang artikel ni tak tujukan khas buat mana-mana jantina, sekadar peringatan untuk kita bersama.

Korang perasan tak ada orang yang terlalu taksub nak kurus, sampai sanggup beli supplement itulah, beli produk inilah tanpa amalkan cara hidup yang sihat.

Malah ada yang sanggup berbelanja besar selepas dijanjikan bahawa mereka boleh kurus sekiranya mengambil ‘produk A’ selain tertipu dengan segala iklan dan testimoni yang mereka nampak kat media sosial.

Haha
Gambar hiasan

Well pendedahan yang admin nak kongsi ni mungkin akan buat korang terkejut.

Biasa dengar produk DETOX atau JULAP?

Memetik page facebook ini, pengambilan detox atau julap yang berlebihan boleh rosakkan salur pencernaan kita dan lebih teruk lagi menyebabkan tumbuhnya tumor adenoma.

Ini bukan kerak usus ye tuan-puan.Masalah ini dinamakan sebagai Melanosis Coli.Ia boleh disebabkan Pengambilan…

Posted by TheDiagnosa on Tuesday, July 16, 2019

Ini bukan kerak usus ye tuan-puan.

Masalah ini dinamakan sebagai Melanosis Coli.

Ia boleh disebabkan Pengambilan produk ‘Detox’ secara berlebihan.

Produk detox yang cakap boleh cuci usus dan sebagainya tu sebenarnya mempunyai kandungan laxatives(julap) yang tinggi. Sebab itu kebanyakan produk detox ini akan menyebabkan anda cirit-birit ataupun lebih banyak buang air besar ketika pengambilannya

Penggunaan laxatives(julap) ini secara berlebihan akan menyebabkan pigmentasi pada dinding saluran pencernaan seperti dalam gambar ini.

Ia juga boleh menyebabkan tumbuhnya tumour adenoma pada dinding usus anda.

Jadi jika anda tidak mahu kena sakit ini, sila elakkan penggunaan julap yang kerap ataupun penggunaan produk detox yg cakap boleh cuci usus tu.

Sebab tu Kementerian Kesihatan Malaysia selalu ingatkan orang ramai di luar sana supaya pastikan produk yang mereka nak beli tu ada dapat pengesahan KKM, sebab sekarang kan banyak produk ‘janji manis’ kat luar sana.

 

Bagi admin daripada kita makan macam-macam jenis produk yang belum pasti ‘keberkesanannya’ dan ‘keselamatannya’ tu baik kita bersenam, amalkan gaya hidup sihat dan makan dengan betul.

Baca : Bobba pearls tak sampai sini guys; Pakar Klinikal Perbetulkan Mitos Foto Viral Usus Penuh Bobba

Boba