in

“Princess semua orang…” – Pernah Muncul Dalam Beberapa Iklan, Jellybean Sudah Tiada

jellybean johan and his cats tiada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila si bulus yang ditatang seperti anak kandung tiba-tiba pergi buat selamanya, pasti akan memberi satu tekanan yang hebat untuk diterima.

Mimpi ngeri inilah yang terpaksa dihadapi oleh pencinta haiwan, Johan And His Cats atau nama sebenarnya Johan Eskandar Mohamad Najib apabila salah seekor kucing peliharaannya, Jellybean telah pergi buat selamanya.


Berkongsi perkara itu di laman Instagramnya, Johan memaklumkan kucing betina itu sudah tiada pada 25 November lalu.

“Dah lebih sebulan Johan simpan ni dan lama juga Johan tak update sebab memang takde mood but now dah sampai masanya sebab banyak followers Johan pun sayangkan Jellybean.

“Jellybean dah tinggalkan kita semua pada 25/11… Princess saya dah takde,” luahnya.

SnapInsta.to 567313707 18544211065029551 1981922060126995929 n

Artikel berkaitan: “Penyakit ini sebenarnya boleh dirawat” – Ceddy Terkilan Pempengaruh ‘Tidurkan’ Kucing Sakit

Artikel berkaitan: “Ciku dari gemok, sakit sampai kurus kering” – 14 Tahun Setia Bersama, Kucing ‘Pergi’ Selepas Tuannya Meninggal Dunia

“Kejadian sangat tiba-tiba…”

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikannya, Johan mendedahkan Jellybean berada dalam keadaan sihat dan cergas bermain selepas makan namun tiba-tiba berlaku perkara yang tidak diingini.

“Dalam keadaan Jellybean sihat, baru lepas bermain dan makan.. Allah ambil dia. Kejadian yang sangat tiba-tiba, bila teringat memang rasa macam mimpi. Kalau dia sakit kita boleh ada masa nak get ready ni tiba-tiba.

“Jellybean bukan sekadar kucing, dia princess Johan, baby Johan dan princess semua orang,” katanya.

Lebih meruntun hati, Johan mengatakan bahawa dia bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini, namun sambutan kali ini bakal berbeza selepas ketiadaan kucing kesayangannya itu.

“Alhamdulillah apa-apa pun Johan dah reda dengan ketentuan Allah. Tanda Allah pandang kita tu dia bagi ujian kan. Syukur Allah pinjam kan Jellybean 10 tahun,” kongsinya.

Difahamkan, Jellybean pernah mencipta nama sebagai model untuk beberapa iklan komersial termasuk jenama penerbangan terkenal AirAsia, sekali gus menjadikannya antara kucing paling dikenali dalam kalangan netizen Malaysia.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.