Pandemik Covid-19 sudah menunjukkan trend penurunan di negara kita. Ini disebabkan usaha semua pihak termasuk rakyat dalam membentuk imuniti kelompok bagi memerangi wabak ini.
Namun, Filipina masih berdepan dengan cabaran untuk membentuk imuniti kelompok kerana adanya golongan anti-vaksin. Menyedari masalah itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencadangkan cara untuk mereka yang masih ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Memetik laporan CNN Philipines, Duterte juga menegaskan jika golongan ini masih enggan menerima vaksin, beliau akan ke rumah mereka pada waktu malam untuk menyuntik vaksin Covid-19.
I’ll do it. I’ll lead the journey” – Presiden Filipina
Walau bagaimanapun, pengambilan vaksin di Filipina adalah tidak wajib. Pihak kesihatan negara itu memerlukan borang kebenaran daripada penerima untuk suntikan vaksin Covid-19.
Untuk rekod, Filipina adalah negara terakhir di rantau Asia Tenggara yang memulakan program vaksinasi Covid-19. Sehingga kini, lebih 23.1 milion rakyat Filipina telah lengkap divaksin manakala seramai 26.4 milion lagi telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Baca: “Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda” – Presiden Filipina Dikritik Ugut Rakyat