in

Pondok ‘Parking’ Dibakar Di Terengganu Gara-gara Caj Bayaran Terlalu Mahal?

Pondok Parking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila emosi mendahului tindakan, banyak perkara yang susah untuk dielakkan.


Terbaru, sebuah pondok bayaran parkir di Pusat Perniagaan Dataran Rimba, Gong Badak, Terengganu musnah dibakar buat kali kedua gara-gara caj letak kenderaan di situ dikatakan tidak munasabah serta membebankan orang ramai.

Artikel berkaitan: Peminat ‘Naik Gila’ Bakar Mercun Sambil Bersorak Bila Salman Khan Muncul Dalam Movie Baru Di Wayang

Artikel berkaitan: “Nasib baik sempat hentikan api” – Lelaki Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya...

1 4

Menurut laporan Kosmo!, salah seorang peniaga di pusat perniagaan itu menyelar tindakan vandalisme itu namun mengakui, dia tidak setuju dengan caj yang RM1 sejam itu dikenakan kepada pengguna.

“Saya dan pekerja-pekerja perlu membayar caj harian RM10 atau purata RM300 sebulan setiap seorang hanya untuk meletak kenderaan,” katanya.

Malah, dia memberitahu pelaksanaan caj letak kenderaan itu juga menyebabkan pusat perniagaan tersebut semakin sunyi tanpa kehadiran pelanggan.

Dia juga berkongsi, disebabkan caj sebegitu ada rakan peniaganya yang terpaksa menutup operasi di pusat perniagaan tersebut akibat kekurangan pelanggan sejak pelaksanaan caj tempat meletak kenderaan tersebut beberapa bulan lalu.

Ada juga peniaga yang merasakan caj itu tidak sepatutnya dilaksanakan kerana ia dilihat tidak sepadan dengan parkir yang disediakan kerana tempat letak kenderaan itu tidak berbumbung dan tiada pengawal keselamatan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.