in

Polis ‘Terjah’ Rumah Ibu Ini Selepas Kantoi Curi Kool Fever, Sosej dan Kek. Ingatkan Nak Tangkap, Rupa-rupanya…

Polis6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencuri adalah satu kesalahan dan sepatutnya perlu diambil tindakan, namun mungkin ada sudut yang kita perlu perhalusi, dengan perlaksanaan PKP kali kedua ini, sudah semestinya ia memberikan impak kepada sesetengah golongan.


Mungkin ada niat disebaliknya dia melakukan perkara tersebut, mungkin pelaku itu kini dalam kesusahan, itulah yang terlintas dalam fikiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terhadap seorang suri rumah ini.

 

Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain”

Ezanee4

Semalam, difahamkan beliau menerima satu laporan dimana seorang suri rumah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.

Menurutnya, barang itu merupakan kool fever, kek dan sosej. Ia membuatkan ACP Nik Ezanee terpanggil untuk memberikan bantuan kerana beliau yakin bahawa ibu tersebut ada masalah tersendiri.

Ezanee

“Semalam saya menerima laporan dikatakan ada wanita ditahan mencuri kek, kool fever. Saya rasa terpanggil untuk pergi berjumpa lah, saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam tu.” Katanya menerusi video daripada Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan, suami wanita ini tak bekerja akibat pandemik Covid-19. Mereka terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Pasaraya itu buat laporan mengenai kejadian itu.

Disebabkan itu ACP Nik Ezanee datang ke rumah wanita tersebut, bukan untuk diambil tindakan, sebaliknya atas dasar belas ehsan, beliau bersama IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbangkan barangan makanan dan harian kepada si ibu tersebut agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

Ezanee2 1 Ezanee3

Barang yang diberikan termasuklah barang-barang yang dikatakan dicuri di pasaraya tersebut

“Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain. Jadi saya nak sampaikan sedikit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berikan kool fever buat anaknya.”

Boleh tonton video disini

Ezanee7Ezanee6

Sikap murni ACP Nik Ezanee ini telah mendapat perhatian netizen termasuklah di Twitter, mereka begitu kagum dengan kemuliaan beliau.

 

You have my respect sir- Netizen

Polis Polis2 Polis3 Polis4 Polis5

Dalam masa yang sama, beliau juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19.

 

Baca : “Ni glove ni mana? Pakai glove! –  [VIDEO] Netizen Kecam Polis Kompaun Wanita Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Cerita Sebenar….

Polisglove

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.