in

Polis Sahkan Anak Menteri Kabinet Berkahwin Di Luar Negara Tanpa Pengetahuan Keluarga

ft anak menteri dah kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis mengesahkan bahawa sijil nikah anak seorang menteri kabinet adalah sah dan mereka berkahwin telah di negara jiran September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata sijil itu sah dari negara jiran, di mana hasil siasatan, mereka ini bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan.


Artikel berkaitan : “Dia tidak berkahwin” –  Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Isu Jenazah Bayi Dibekukan

Artikel berkaitan : Polis Sedang Mengesan Seorang Wanita Yang Dakwa Dirinya Kononnya Akan Berkahwin Dengan Tengku Hassanal

Beliau berkata, pasangan itu sebenarnya menyorok perkahwinan yang berlaku pada September tahun lalu, malah rakannya sendiri tidak mengetahuinya.

“Apabila jadi isu macam ini, kawan-kawan mereka pun tidak tahu… jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati.”

“Kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang di man masih menunggu arahan selanjutnya.”

Sebelum ini, polis sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet yang tular di media sosial.

Screenshot 2025 01 14 155550

Siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 6 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, juga dilapor berkata, anaknya tidak mengatasi undang-undang dan sekiranya ada laporan terhadapnya, dan polis bertanggungjawab untuk melakukan siasatan dengan telus dan seadilnya.

Menurut Saifuddin, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Peguam Negara.

Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.

Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu. Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.