in

Polis Dedah Ramai ‘Founder’ Produk & Pempengaruh Di Kelantan Terlibat Kegiatan Penggubahan Wang Haram & Pengedaran Dadah

pengasas produk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Datuk Mohd Yusoff Mamat iaitu Ketua Polis Kelantan, ramai founder atau pengasas produk serta influencer di negeri Kelantan dipercayai terbabit dalam kegiatan ubah wang haram dan juga pengedaran dadah.

Memetik laporan Berita Harian, ini berikutan berdasarkan beberapa kes dan tangkapan yang melibatkan golongan tersebut sebelum ini.


Difahamkan, modus operandi yang sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah tersebut telah digunakan oleh golongan pengasas produk dan pempengaruh ini.

Menurut pihak polis Kelantan, sebagai contoh, satu kes melibatkan usahawan kosmetik pada tahun 2020 di mana usahawan tersebut ditahan terlibat kes seludup dadah.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Ketua Polis Kelantan menerusi TikTok untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini.

@mohdyusoff913

usahawan kelantan sebenarnya cuci duit? #ipkkelantan #kotabharu

♬ Hard News – DM Production

Artikel Berkaitan: “Kalau tak ada duit tak payah masuk” -‘Founder’ Kosmetik Dikecam Halau B40 Dalam ‘Live’

Artikel berkaitan: “Jangan babitkan orang miskin” – Kieda Kesal Orang Kaitkan Golongan B40 Tak Mampu ‘Support Vendor’

Selain itu, pada tahun 2021 pula, satu lagi kes di mana seorang usahawan kosmetik dengan gelaran Datin telah ditangkap kerana mengedar dadah.

Bukan itu sahaja, pada tahun lalu iaitu 2024, seorang ahli perniagaan di Kelantan turut disyaki terbabit dalam kes edar dadah di negeri tersebut, lapor Astro AWANI.

Polis Kelantan turut mendedahkan bahawa sindiket seperti itu menggunakan perniagaan mereka untuk mencuci wang haram.

Sumber: Berita Harian, TikTok mohdyusoff913

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.