in

Pokok Lemon Di Australia Hasilkan Buah Lemon Sebesar Saiz Lengan Manusia, Beratnya 2.6 Kg

F2 Lemon Aussie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang temui mana-mana jenis buah-buahan yang saiznya adalah lebih besar daripada biasa? Menurut Daily Mail, buah lemon gergasi yang saiznya hampir sama dengan saiz lengan manusia telah dihasilkan oleh sebuah pokok lemon di Australia.


Buah lemon yang beratnya 2.6 kilogram itu telah diberikan kepada seorang chef iaitu Melissa Palinkas oleh pasangan yang menanam pokok itu di kawasan rumah mereka. Bila lemon ‘gergasi’ tu diletakkan bersebelahan dengan lemon yang bersaiz normal, memang boleh dilihat yang lemon tu memang besar!

Disebabkan saiznya yang besar, chef terbabit mengatakan banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan lemon tu. Setelah difikirkan, Melissa akhirnya memutuskan untuk guna bahan tu dalam salad. Selain itu, menurutnya juga, lemon ini juga boleh dijadikan minuman limoncello.

Sebelum ini, gambar lemon ‘gergasi’ itu telah dikongsikan oleh Melissa sendiri menerusi Instagramnya. Setelah Melissa membuat research di Google tentang lemon tersebut, rupa-rupanya buah tu merupakan lemon jenis Ponderosa yang berasal dari Amalfi, Itali.

Menurutnya juga, lemon jenis ini tak mempunyai jus dan isinya boleh dimakan bersama salad. Rasanya juga tak pahit sebaliknya mempunyai campuran rasa masam dan manis. Difahamkan, buah lemon gergasi ini merupakan kacukan antara buah lemon biasa dan citron.

Teringin pulak nak try rasa buah lemon ni. Kalau buat air lemonade mesti segar kan. 

Sumber: Daily Mail, Instagram melisspalinkas 

Baca: “Nasib bukan durian”- Netizen ‘Menangis’ Tengok Mat Saleh Potong Manggis & Makan Dengan Kulit

Lemoncello

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.