in

Wanita Amerika ‘Culture Shock’ Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

F4 Barefoot Aussie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejutan budaya selalu terjadi kepada rakyat Malaysia yang baru tiba di luar negara. Walaupun budaya sesebuah negara tu pelik dan bertentangan dengan budaya kita, namun sebagai pelancong, kita haruslah hormat dengan cara hidup di negara tu.



Seorang wanita dari Amerika Syarikat ini pula berkongsi pengalamannya yang terkejut apabila melihat ada sesetengah rakyat Australia yang selamba berkaki ayam di tempat awam, lapor Daily Mail.

Barefoot 1

Wanita yang dikenali sebagai Sophia Kim itu berkongsi video yang sempat dirakam tentang pertemuannya dengan beberapa rakyat Australia yang tak memakai kasut ketika membeli barang di sebuah pasar raya di Australia menerusi akaun TikToknya beberapa hari yang lalu.

@sophiainsydney

lol #woolies #wooliesgang #aussietok #australiatok #australian #aussierules #aussietiktok #australia🇦🇺 #australia #australiantiktok #australiacheck

♬ Essence (feat. Justin Bieber & Tems) – WizKid

Difahamkan, Sophia yang merupakan seorang pereka pakaian dalam baru sahaja berpindah ke negara itu pada Februari tahun lalu dari Los Angeles, jadi, dia agak terkejut bila tengok ada sesetengah orang Australia yang rilek je tak pakai kasut ketika membeli belah.

Barefoot 2

Untuk pengetahuan semua, berkaki ayam di Australia merupakan suatu perkara yang cukup normal sebab memang ada rakyatnya yang memang selesa begitu. Difahamkan, tabiat berkaki ayam selalunya popular dalam kalangan mereka yang tinggal di tepi pantai sebab bagi mereka, agak leceh kalau pakai kasut ketika berjalan di kawasan sekitar pantai.

Photo 2021 09 04 17 48 00

Photo 2021 09 04 17 48 15

Namun, meninjau ke ruangan komen, ada juga netizen Australia yang mengatakan mereka tak begitu gemar dengan tabiat tak pakai kasut sebab bagi mereka ianya kotor.

Photo 2021 09 04 17 48 17

Selain itu, menurut laman web Outback Tourist, jalan di negara itu juga rata-ratanya bersih, jadi tak ada masalah kalau ada individu yang memilih untuk tidak berkasut.

Sumber: Daily Mail, TikTok @sophiainsydney, Outback Tourist

Baca: Tak Boleh Memandu Pakai Selipar Atau Berkaki Ayam? Ini Penjelasan JPJ

Barefoot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.