Ramai orang di luar sana bercita-cita nak mempunyai berat badan yang ideal atau bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, pasti nak kurus atau sekurang-kurang turun berat badan.
Bermacam-macam teknik dilakukan sama ada secara sihat atau pun sebaliknya, asalkan dapat tubuh badan yang diidamkan.
Tapi kisah lelaki dari United Kingdom ini boleh dikatakan lain dari yang lain lepas dia berjaya turunkan berat badan sehingga 63 kilogram hanya dengan bermain Pokemon Go.
Tommy Monkhouse atau lebih mesra disapa Tommy pada awalnya mempunyai berat badan 158kg namun setahun kemudian beratnya kini turun kepada 94.5kg iaitu kurang 63.5kg dari berat asal.
Apa yang Tommy lakukan? Hanyalah bermain Pokemon Go.
Dia yang sememangnya peminat Pokemon berkata, pada mulanya dia hanya berjalan kaki antara 20 hingga 30 minit setiap hari, namun bertukar kepada berjam-jam selepas menyertai komuniti Pokemon di sekitar kawasan perumahannya.
So dalam masa setahun dia mengamalkan aktiviti tersebut, tanpa disangka-sangka dia berjaya turunkan berat badan kira-kira 63.5kg dengan berjalan sambil main Pokemon Go sahaja.
Dahulu saya tak ramai kawan, saya lebih menyendiri…malah saya tak kenal siapa diri saya”
“Sejak itu saya fikir, saya kena lakukan sesuatu”
Tommy berkata, dia percaya yang permainan Pokemon Go telah mengubah hidupnya secara total dan telah mengajar dia cara mengawal mental dan emosi.
Malah lepas menyertai komuniti Pokemon, dia lebih yakin dan terbuka serta mempunyai lebih ramai kawan.