in

PM Seru Rakyat Bertenang, Situasi Terkawal & Sedang Diurus Dengan Baik

Untitled Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat diminta bertenang menghadapi situasi penularan wabak COVID-19 ketika ini kerana ia terkawal.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya berkata — beliau memahami kebimbangan orang ramai susulan peningkatan kes baru jangkitan COVID-19.

Justeru beliau memberi jaminan bahawa kesiapsiagaan negara adalah pada tahap tertinggi dan yakin pasukan barisan hadapan negara mempunyai kapasiti serta kepakaran untuk menangani situasi tersebut dengan baik.

Pagi tadi, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak COVID-19.

Antara yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut termasuk mengenai angka kes tinggi yang direkodkan semalam, selain mengenai penularan COVID-19 di Sabah.

Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak…

Posted by Muhyiddin Yassin on Sabtu, 3 Oktober 2020

 

Baca: [TERKINI] Paling Tinggi Dalam Sejarah Malaysia! 317 Kes Positif, 121 Kes Sembuh & 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.