in ,

“PM pun support” – Netizen Tumpang Gembira Tengok Sugu Pavithra Terima Hadiah Dari Perdana Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang aktif di media sosial dan suka tengok video masak-masak, admin yakin korang mesti tahu dengan Youtuber bernama Sugu Pavithra kan? Alaa, pasangan berbangsa India yang buat video memasak dalam Bahasa Melayu tu.


Kalau korang nak tahu, baru-baru ni, Sugu Pavithra tu ada dapat hadiah dari PM kita. Ya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi hadiah kat Sugu Pavithra ni. Korang boleh tengok tweet oleh  @DenaBahrin kat bawah ni. Siap masuk TV lagi tau Sugu Pavithra ni.

 

PM pun support tau

Menurut beberapa sumber, mereka menerima hadiah dari PM berupa tripod, microwave, oven dan barang-barang masakan lain. Admin pun tumpang gembira tengok akak Pavithra kita ni senyum dan happy lepas dapat hadiah.

Bagus lah ada tripod, nanti video dah tak gegar. Kalau korang tengok video dorang memang macam biasa, iyelah dorang tu bukan professional. Katanya nak buat video suka-suka je mula dulu.

Betul, admin pun senyum tengok dia dapat hadiah. Bagus lah lepas ni boleh upgrade skill video kan.

Yang ni admin sokong! Korang kalau nak share video dia jangan lah save pastu upload balik. Share link lagi bagus, baru orang masuk channel dia dan tengok sendiri.

Apa-apa pun tahniah Sugu Pavithra. Keep up the good work!

 

 

Baca: “Dia panas Sugu makin famous”  Jiran Ajar Buat Youtube Channel, Tapi ‘Attack’ Sugu Pavithra Sebab Subscribers Lagi Ramai?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.