in

“Please jadi mak yang ada otak!” – Wanita Berang Kaum Ibu Suka Tanya Soalan B*doh di Facebook

Jiji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minum soya masa mengandung anak boleh jadi putih? Betul ke minum milo ketika hamil anak jadi hitam? Soalan-soalan sebegini seringkali kita dengar dalam kalangan kaum ibu mahupun golongan wanita yang sedang hamil.


Ibu semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka apatah lagi jika baru pertama kali hamil atau menimang cahaya mata. Oleh sebab terlalu ramai yang berkongsi macam-macam tips dan petua menarik kepada golongan ini, tertubuhlah pelbagai group berkongsi informasi berkaitan keluarga di laman Facebook.

I6
sumber: facebook

Pun begitu, tips dan soalan yang dikongsikan kadang kala agak pelik dan mengarut. Menurut perkongsian seorang individu dikenali sebagai Myzatu Hidayah Malek di Facebook, wanita ini yang merupakan seorang jururawat berang dengan sikap segelintir kaum ibu yang suka bertanya soalan tidak masuk akal di laman sosial.

Myzatu yang merupakan ahli Group Kelab Ibu Mengandung Malaysia di laman sosial menyatakan bahawa dia pening dengan soalan-soalan tidak masuk akal yang diajukan di dalam kumpulan tersebut.

“Anak demam ni apa korang buat ek?

“Eh anak kita nak kena vaksin tak?”

I3
sumber: facebook
I4
sumber: facebook

“Eh anak kita baru dua bulan boleh tak bagi nestum?

“Anak kuning ni nak buat macam mana?”

Dalam entri tersebut, Myzatu menyelar tindakan segelintir ibu yang tidak bergegas ke hospital bagi mengubati anak yang sakit tetapi sebaliknya sempat bertanyakan hal tersebut di laman sosial. Selain itu, ada juga yang gemar bertanyakan soalan yang mungkin sudah diketahui jawapannya, namun tetap mahu dimuat naik ke dalam ruangan tersebut juga.

“Lepas tu jenis (buat-buat) bodoh alang-alang tunjuk pregnancy test tu double line, tanya kat group korang rasa ni positive ke negative? Kau bukan buat HIV test. Sebelum buat kau tak tengok ke arahan belakang plastik tu?” kata Myzatu lagi dalam entrinya.

I2 1
sumber: facebook
I5
sumber: facebook

Myzatu menyatakan bahawa dia tidak kisah jika ada yang terasa dengan entri yang dimuat naik oleh dirinya. Wanita tersebut berharap agar segelintir kaum ibu ini berfikir terlebih dahulu tindakan yang sesuai diambil bagi menyelesaikan masalah yang dialami.

Perkara serius seperti cara-cara mengubati penyakit anak bukan perkara yang boleh diagak-agak rawatannya. Individu yang berkongsi tips tertentu juga mungkin bukan seseorang yang bertauliah atau memiliki kelayakan untuk memberikan penyelesaian kepada masalah yang disuarakan.

Jangan cepat percaya kepada tips-tips yang dikongsikan di laman sosial. Silap hari bulan anak-anak pula jadi mangsa kecuaian kita.

Baca: Ibu Terajang Perut Jururawat Hamil Kerana Anak Meraung Kesakitan Terima Suntikan

G1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.