in

Ibu Terajang Perut Jururawat Hamil Kerana Anak Meraung Kesakitan Terima Suntikan

Gagagaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Ibu Terajang Perut Jururawat Hamil Kerana Anak Meraung Kesakitan Terima Suntikan
Loading
/

Kanak-kanak kebiasaannya memang tidak gemar menerima apa-apa jenis suntikan. Kadang-kadang, melihat kelibat jarum peniti sahaja mereka sudah menangis. Inilah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak dekat sebuah hospital di China yang menangis kerana bakal menerima suntikan daripada seorang jururawat.


Menurut Nextshark, seorang ibu telah membawa anak lelakinya ke sebuah hospital di Tongshan County, Hubei beberapa hari lalu untuk menerima suntikan. Mereka kemudian dilayan oleh seorang jururawat bertugas pada waktu itu bernama Zhu.

U1
sumber: nextshark

Ketika cuba untuk memberikan suntikan kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan, Zhu menyuruh anak kecil tersebut berhenti bergerak untuk seketika. Ini bertujuan supaya dia dapat memberikan suntikan dengan elok kepada budak lelaki berkenaan.

Pun begitu, kanak-kanak lelaki tersebut tiba-tiba meraung kesakitan menyebabkan ibunya menjadi berang dengan jururawat itu. Tidak dapat mengawal kemarahannya, wanita itu kemudian menolak dan terus menendang perut Zhu yang sedang hamil enam minggu!

U2
sumber: nextshark

Dalam video berdurasi 60 saat yang dikongsikan di internet, wanita berkenaan dilihat menarik rambut Zhu dengan sekuat hati sambil dikerumuni rakan-rakan petugas yang cuba meleraikan keadaan tersebut. Sejurus selepas itu, Zhu dilihat jatuh ke lantai sambil menangis memegang perutnya yang kesakitan.

Zhu yang mengalami kesakitan sewaktu dihantar ke jabatan obstetrik dan ginekologi mendapati bahawa kandungannya berada dalam keadaan terancam dan mungkin akan mengalami keguguran. Kesiannya..

U3
sumber: nextshark

Selepas kejadian malang yang menimpa jururawat tersebut, Xu Lianglu, suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai seorang pegawai pengurusan telah dipecat gara-gara tingkah laku isterinya itu walaupun pertelingkahan yang berlaku tidak melibatkan dirinya secara langsung.

Biasa lah tu budak-budak meraung bila kena suntik. Bukan salah jururawat tu anak dia takut nak terima suntikan. Tak pasal-pasal kandungan dia dalam bahaya! 

Tonton video di bawah:

Sumber: Nextshark

Baca: Wanita Diterajang Selepas Pertengkaran Akibat Kemalangan Kecil di KTM Ipoh

Kaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.