Disebabkan peningkatan kes di Sabah dan penambahan kluster baru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan hari ini bahawa kawasan seperti Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) bermula tengah malam ini pada 29 September.
Menurut MKN, PKPDB ini akan berlangsung sehingga 12 Oktober 2020 serta akan melibatkan seramai 962,000 rakyat Malaysia.
Sepanjang tempoh ini, penduduk di empat kawasan ini tak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan tersebut manakala bukan penduduk dan pelawat pula tak dibenarkan untuk masuk ke empat daerah ini.
Selain itu, kesemua aktiviti perniagaan juga akan dihentikan kecuali perniagaan yang melibatkan barang keperluan dan perkhidmatan di semua empat kawasan. Pangkalan perubatan juga akan dibuka dan kesemua jalan keluar dan masuk akan ditutup.
Untuk memastikan PKPDB ini dipatuhi, PDRM, ATM, APM dan RELA akan diarahkan untuk mengawal kawasan-kawasan yang terlibat.