in

“PKP tak perlu pun!”- Kecewa Dakwaan Netizen Tentang PKP, Doktor Beri Penjelasan Kenapa PKP Penting Untuk Tamatkan Covid-19!

feature 3 10

Walaupun tempoh perintah kawalan pergerakan telah pun memasuki fasa ketiga, masih ada lagi berdegil mahu keluar rumah dengan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

Kalau nak diikutkan, baik duduk rumah dari duduk hospital sebab sakit. Tu pun ada jugak yang cakap PKP ni tak penting pun.

dr 8

Kali ini, doktor wanita yang bertugas sebagai frontliners telah menjelaskan kenapa PKP ni teramatlah penting supaya kita dapat tamatkan Coronavirus ni. Berikut merupakan perkongsian beliau:

#1 Ramai yang tak tahu hospital terpaksa menyaring beratus-ratus sampel setiap hari

“Mungkin ramai yang menganggap perintah kawalan pergerakan ini menyusahkan sebab boleh menjejaskan ekonomi dan kehidupan seharian mereka”.

Bayangkan kalau semua dibenarkan pergi kerja macam biasa dan dijangkiti, makin ramai lah pesakit yang perlu disaring di hospital.”

Kalau macam ni, bila lah petugas kesihatan kita ni boleh berehat?

dr 7

Jumlah kes positif juga semakin meningkat setiap hari. 

Lagi sedih, ada kanak-kanak yang jadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat wabak ini. Jadi, bukan warga emas je yang berisiko tinggi, orang dewasa dan remaja juga boleh menjadi mangsa.

#2 Susah untuk frontliners kesan kontak rapat 

Katanya sebelum PKP dikuatkuasakan, susah sangat untuk mereka mengesan kontak rapat dengan pesakit yang positif.

Ye lah, dah macam-macam tempat dorang pergi kan. 

Menurutnya lagi, kalau perkara ni berterusan, kemungkinan akan lebih ramai orang yang tidak sedar bahawa mereka telah dijangkiti.

Ini lah sebabnya kita mahu semua rakyat Malaysia duduk rumah. 

Jika kita betul-betul nak putuskan rantaian, semua kena dengar arahan. Barulah kami, pihak doktor boleh fokus dekat setiap pesakit.”

#3 Pihak hospital tak mampu nak saring semua orang 

Doktor ini juga menekankan bahawa disebabkan sudah terlalu ramai pesakit yang positif, jumlah tenaga kerja di hospital juga dilihat semakin berkurangan.

So, petugas kesihatan tidak mampu untuk menjalankan ujian saringan kepada semua yang demam atau batuk biasa.

Katanya, inilah yang menyebabkan mereka hanya akan menyaring golongan yang berisiko tinggi atau kontak rapat sahaja.

dr 6

#4 Frontliners perlu jalankan tugas dan tak takut dengan kematian 

Melepaskan ahli keluarga yang tersayang ke medan perang bukanlah suatu perkara yang mudah. Bayangkan kalau mereka dijangkiti virus ketika bertugas?

Sanggup ke kalau kawan-kawan dan keluarga kehilangan anda sebab virus membunuh ni? Kalau rasa tak sanggup nak hadapi, tolonglah duduk rumah. Sebab saya tak sanggup. 

Menurut doktor ini juga, keluarganya merestui tugasnya sebagai barisan hadapan dan bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami.

Nikmat yang terbesar bagi saya dan frontliners yang lain ialah jika anda semua menjaga kesihatan dengan baik dan duduk di rumah sepanjang tempoh ini. 

So, kalau korang tak nak perkara yang sama terjadi dekat keluarga korang, tolonglah duduk rumah.

Sebagai frontliners, saya tak boleh selamatkan negara ni seorang diri tapi saya akan cuba yang terbaik untuk semua.

dr 9

Saya percaya Malaysia boleh!

Sekarang korang faham kan kenapa PKP ni sangat penting untuk menangani Coronavirus.

dr 5

Kalau nak dibandingkan dengan kita yang boleh duduk rumah sambil berehat, pengorbanan barisan petugas hadapan ni lagi besar. Ada antara mereka yang dah dua bulan tak balik rumah. 

Cara terbaik untuk kita balas jasa dorang ni ialah dengan duduk di rumah.

Malah syarikat tempatan iaitu Akisama Group (Development Company for RC Residences) juga menyahut seruan dengan telah melancarkan kempen “Caring For Medical Staff” sebagai tanda penghargaan kepada frontliners.

dr

dr 1

Mereka juga telah mengedarkan 6,400 topeng muka kepada pihak hospital supaya risiko jangkitan dapat dikurangkan.

Walaupun ada sesetengah syarikat yang terjejas sepanjang PKP, Akisama Group ini masih cuba untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Betul lah kan, dalam rezeki kita, terselit juga rezeki orang lain. 

dr 2

Kalau korang mampu untuk meyumbang atau bersedekah, boleh lah cuba buat sebab sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati orang sekeliling jugak. 

 

Sumber: Bernama
Sumber: Code Blue