in

Petugas Perubatan Gayakan PPE Macam Fashion Show, Siap Ada Turban Lagi!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak viral mengenai sut PPE yang direka oleh Jovian Mandagie bulan April haritu?


Cantik kan designnya, curlas sangat.

Tapi ramai yang tak tahu, trend ini disambut juga oleh petugas perubatan di Klinik Uzma.

Kalau Jovian ada dress, mereka ada peplum dan hanbok!

 

Wah bukan main lagi, siap dengan turban!

Iyalah, nak dijadikan cerita masa tu kan umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi petugas perubatan yang tak dapat bercuti ni ambil la peluang untuk menceriakan hati mereka

Jadi terhasil rekaan-rekaan yang kreatif ni.

Tidak cukup dengan peplum, hanbok pun mereka buat!

 

Dah macam dalam drama Korea dah doktor-doktor ni…

Menurut pengurusan klinik itu, sut PPE dijahit sendiri oleh salah seorang petugas mereka di klinik itu yang dikenali sebagai Puan Zarina.

Nampaknya, macam-macam fashion boleh dibuat, tak nak ambil tempahan ke?

 

 

Walaupun dengan lambakan PPE yang perlu disediakan, namun klinik ini tidak lupa untuk berkongsikan kegembiraan ini bersama petugas di klinik lain. Baguslah, saling bantu-membantu…

Tak kisah la banyak ke sikit, yang penting ingatan mereka sesama petugas perubatan.

Min belanja sikit catwalk diorang ni, comel betul!

 

Seronok tengok keriangan ni wajah petugas-petugas perubatan ni, iyalah perkara kecil macam ni yang diperlukan oleh mereka untuk terus berjuang.

 

Baca : Sedih gila tengok macam mana dorang sembunyikan rasa penat [Video] Frontliner Gelak Sakan Basah Lencun Buka PPE, Tapi Netizen Sebak

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.