in

PETRONAS Tawar Hadiah Lebih RM500,000 Sempena ‘Mesra Bonanza Lagi Onz’, Hadiah Utama Mercedes Benz EQA!

Mesra Bonanza Petronas 2022

Kempen tahunan PETRONAS ‘Mesra Bonanza Lagi Onz’ kembali lagi dan pastinya setiap tahun kemunculannya sentiasa dinanti-nantikan disebabkan ganjaran kesetiaan yang lumayan serta inklusif untuk semua pelanggan setia PETRONAS. 

Lebih menarik, untuk edisi tahun ini PETRONAS mendapat kerjasama syarikat teknologi pembayaran terkemuka, Visa dan menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000 kepada 1,200 pemenang bertuah.

Untuk pengetahuan, kempen ‘Mesra Bonanza Lagi Onz’ ini akan berlangsung selama tiga bulan, bermula dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.

Istimewanya, pemenang utama akan membawa pulang Grand Prize berupa sebuah kereta Mercedes-EQA, manakala dua pemenang hadiah kedua akan memenangi baucar percutian bernilai RM15,000.

313401692 5751181614940690 2915013526743008366 N

Di samping hadiah utama tersebut, pelanggan PETRONAS dan Kedai Mesra berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan, sepanjang kempen berlangsung. 

Hadiahnya yang ditawarkan kepada pelanggan setia adalah seperti berikut :

  • Motorsikal Honda Adv x 3 pemenang
  • Sebuah iPhone14 x 18 pemenang
  • Jam tangan Garmin Venu SQ 2 x 36 pemenang
  • Baucer isian minyak bernilai RM50 x 330 pemenang
  • Baucer Setel bernilai RM50 x 180 pemenang
  • Baucer beli belah RM50 x 150 pemenang
  • Barangan LPG  bernilai RM100 x 60 pemenang
  • Minyak pelincir Syntium x 60 pemenang
  • Mata Kad Mesra bernilai RM50 x 360 pemenang

Cara Sertai ‘Mesra Bonanza Lagi Onz’

Mesti korang nak tau kan, bagaimana cara untuk sertai Mesra Bonanza Lagi Onz ni? Baca langkah-langkah mudah di bawah :

Untuk menangi hadiah utama, pelanggan perlu :

  • Berbelanja kumulatif RM700 sepanjang tempoh kempen 

Untuk menang hadiah bulanan, pelanggan perlu :

  • Berbelanja minimum RM40 untuk bahan api di mana-mana stesen PETRONAS

         atau 

  • Lakukan transaksi minimum bernilai RM10 di Kedai Mesra dalam satu resit 

Pelanggan juga boleh menggandakan penyertaan dengan menggunakan kaedah yang tertera di bawah :

Screenshot 2

Untuk pengetahuan, pelanggan yang yang menggunakan kad kredit/debit Visa atau CardTerus di aplikasi Setel layak mendapat 4X penyertaan, pelanggan yang menggunakan aplikasi Setel pula berpeluang untuk mendapat 2X penyertaan. 

Menurut Pengurus Besar, Bahagian Runcit (Bahan Api) PDB, Norazlan Subaha, PETRONAS dalam ucapannya ketika merasmikan kempen tersebut, pihaknya komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta memudahkan urusan mereka di semua platform.

Norazlan Subaha Delivering His Speech At The Launch Of Mesra Bonanza Lagi Onz

Sehubungan dengan itu, cara terbaik untuk menggembirakan pelanggan setia sering dicari dan salah satunya adalah dengan memberikan ganjaran kesetiaan yang mudah seperti  kempen Mesra Bonanza Lagi Onz dengan kerjasama dengan VISA ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Mesra Bonanza Lagi Onz, boleh dapatkan di sini

Sumber: PETRONAS
Sumber: PETRONAS
Sumber: PETRONAS