in

Pesawat Tentera Filipina Terhempas, Usaha Menyelamat Sedang Dijalankan

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat tentera Filipina dilaporkan telah terhempas di selatan negara itu beberapa jam lalu. Menurut sumber, pesawat tersebut membawa 84 penumpang, 3 juruterbang dan 5 kru.



Memetik laporan sumber, Ketua Angkatan Tentera Filipina, Cirilito Sobejana berkata, sekurang-kurangnya 40 orang telah berjaya diselamatkan dan sedang diberikan rawatan.

Manakala, 17 mayat telah ditemui di tempat kejadian. Usaha menyelamat dan pemulihan masih lagi diteruskan sehingga ke saat ini.

Untuk rekod, pesawat A C130 itu berlepas dari selatan bandar Cagayan de Oro dan terhempas ketika melakukan pendaratan di Pulau Jolo.

 

Sumber: CNN Philippines, Awani

BACA: Sebelum Ini Pesawat Tentera, Kini Kapal China Pula Dikesan Di Perairan Malaysia Di Miri 

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.