in

“Perniagaan 100% cash” – Jualan Cecah RM600K Sebulan, Cik Epal Gesa LHDN Siasat Perniagaan Piza Jofliam

Pizza Wagyu Jofliam Lhdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh media sosial, Cik Epal menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat perniagaan piza yang diusahakan bekas suaminya, Jofliam iaitu Pizza Wagyu Jofliam.

Dalam pendedahannya yang dimuat naik di Instagram Story, Cik Epal menyatakan selama ini perniagaan piza yang diusahakan Jofliam itu hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai (cash only).


Menafikan kenyataan Pizza Wagyu Jofliam tidak membuat untung, Cik Epal mendakwa pendapatan daripada perniagaan tersebut meraih keuntungan sehingga RM75,000 sehari.

Artikel berkaitan: “Dari hobi, kini sah certified Chef” – Jofliam Dapat Top 4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali

Artikel berkaitan: “Saya tak pernah bersekedudukan dengan mana-mana wanita” – Jofliam Perjelas Isu Tuduhan Di Medsos 

“Piza dia untung gila okay, gaji staff RM600-RM1500 sehari. Bayangkan kenapa ada staff yang sanggup jadi balaci dia. Sebab gaji dia bagi tinggi.

“Sehari buat 500 pcs pizza. 500 pcs x RM150 bersamaan RM75,000 sales sehari. Buat every weekend Sabtu dan Ahad. Sebulan dapat around RM600K sales, benda-benda free tu semua marketing untuk menarik orang beli piza dia,” katanya.

Gb1Hw27Bcaamui7Gb1Hw26Baaakfku

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dua lagi pekerjanya iaitu Dewi dan seorang lelaki bernama Adam.

Cik Epal turut memaklumkan dia mempunyai saksi yang boleh membantu dalam penyiasatan LHDN bagi membuktikan ketidaktelusan perniagaan bekas suaminya itu.

Gb1Hw28Bwam1 AkGb1Hw28Bwaaaj8Q

Dalam pada itu, perkara tersebut kini menjadi bualan netizen yang turut meragui cara perniagaan tersebut.

Terdahulu, perkahwinan pasangan pempengaruh tersebut telah menjadi perhatian apabila Jofliam tampil membuat kenyataan bahawa rumah tangga mereka sedang mengalami masalah.

Pasangan ini kemudian sah bercerai pada 9 Oktober lalu selepas sedekat mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.