in

Pernah Tular Bekas Maknyah Kini Berubah, Cikgu Ery Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

ft bekas maknyah cikgu ery meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru sesi petang di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Klang iaitu Mohd Khariri Mohamad Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ery meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.

Khabar mendukacitakan itu disahkan oleh Guru Besar, Adli Amir Hamzah dalam satu kenyataan ringkas.


Artikel Berkaitan : [VIDEO] Suara Seperti Wanita Tetapi Berihram Depan Kaabah, Ramai Keliru Identiti Individu Ini Rupanya…

Artikel Berkaitan : “Boleh berubah, cuma..” – Bekas Mak Nyah Ini Kongsikan Cara Betul Nak Dorong ‘Mereka’ Ke Pangkal Jalan

Menurutnya, Cikgu Ery yang kini berusia 46 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya saat mengendalikan senaman secara berkumpulan di Tasik Tropika Aman Rim Baru, Telok Penglima Garang.

“Paramedik ambulan sudah sahkan kematian. Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya.”

120802079 3401479873275822 8438344868748196816 n 07 24 965853

“Keluarga arwah sudah dihubungi. Sekian. Berharap tiada sebarang berita palsu disebarkan. Sila tunggu berita dari kami pihak sekolah dan rakan Cikgu Ery.”

Berita ini juga turut dikongsikan oleh rakannya, Muhd Putra Shukri menerusi Facebook.

Cikgu Ery 5 450x600 1

“Assalamualaikum semua. Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya Cikgu Ery telah meninggal dunia sebentar tadi.”

“Insya-Allah jenazahnya akan dikebumikan di Ulu Kuang petang ini. Akan di maklumkan kemudian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.”

Screenshot 2023 11 29 133529

Untuk rekod, Cikgu Ery sebelum ini pernah tular kerana disalah ertikan sebagai seorang wanita menyamar jadi lelaki memakai ihram ketika di depan Kaabah, namun begitu Cikgu Ery memberi respon dengan mengatakan bahawa dia seorang bekas Mak Nyah dan kini sudah kembali ke pangkal jalan.

Al-fatihah… Salam Takziah buat keluarga arwah. 

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.