in

“Pernah tak buang air besar 17 hari” – Gadis Hidap Sembelit ‘Teruk’, Bila X-ray Rupanya…

Ft Sembelit Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membuang air besar setiap hari sememangnya sangat penting untuk kesihatan dimana sekiranya ia tidak dibuang dalam tempoh masa yang lama boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kepada tubuh badan.

Tetapi bagaimana pula dengan ‘nasib’ individu-individu yang mengalami masalah sembelit sehingga mengalami kesukaran untuk membuang air besar ini?


 

Sembelit ‘teruk’ sejak umur 6 tahun

Seperti seorang gadis yang berusia 23 tahun dari Taiwan ini, dia dilaporkan mengalami masalah sembelit bukan setakat sehari dua, tetapi sejak dia berumur 6 tahun lagi.

Risau dengan masalah sembelit ‘teruk’ yang dialaminya sejak kecil itu, gadis ini akhirnya membuat keputusan untuk menjalani imbasan X-ray di bahagian perutnya dan hasilnya amat memeranjatkan.

 

Usus besar sampai ke bahagian dada

Percaya atau tidak, imbasan X-ray tersebut menunjukkan imej di mana usus besarnya itu kelihatan memanjang sehingga ke bahagian dadanya!

Feat Usus

Disebabkan rasa takut dengan nasib malangnya yang bakal ‘kehilangan’ usus besar tersebut, gadis itu telah memuat naik foto imbasan X-raynya di media sosial untuk meminta pendapat daripada netizen agar dia meneruskan niatnya untuk memotong usus besar tersebut atau sebaliknya.

 

2 jam duduk dalam tandas, 17 hari tak buang air besar

Memetik laporan MSNews, gadis itu terpaksa menahan sakit untuk ‘bertapa’ selama 2 jam di dalam tandas semata-mata untuk membuang air besar. Apa yang lebih memeranjatkan, dia juga pernah tidak membuang air besar selama 17 hari berturut-turut!

Walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan sumber fiber dalam tubuhnya seperti pengambilan probiotik, minum air yang banyak dan memakan sayur-sayuran, namun kondisi sembelitnya itu masih tidak berubah.

Gadis itu mendedahkan bahawa dia telah memakan sehingga 7 biji betik bersaiz besar dan 2 biji buah naga sepanjang tempoh seminggu namun usahanya sia-sia.

 

Mungkin disebabkan najis yang terkumpul

Menurut doktor, kemungkinan usus besarnya itu memanjang sehingga ke dada adalah disebabkan pencernaan najis-najisnya yang tidak terbuang dan terkumpul di dalamnya.

Walaupun berdepan dengan risiko terpaksa memotong usus besarnya itu, namun doktor yang merawatnya tetap tenang dan tidak menyarankannya untuk melakukannya. Sebaliknya, mereka menyarankan gadis itu untuk minum lebih banyak air dan terus amalkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ada antara korang yang hadapi masalah sembelit teruk macam ni? Cepat-cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay.  

Baca: Cerita Bilik Bedah : [VIDEO] Lelaki 50-an Masukkan 2 Ekor Belut Hidup 15 Inci Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit Baca Sembelit

Sumber: MSNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.