Pernah Dengar Pulau Misteri? Ini Tips Buat Mereka Yang Ingin Ke Syurga Fotografi Itu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Meletakkan gambar cantik dan kreatif di Instagram sudah menjadi satu trend zaman sekarang. Malah fotografi juga kini adalah antara hobi yang paling digemari ramai. Demi mendapatkan foto-foto yang menarik, para instagrammer ini akan melawat ke pelbagai lokasi yang mempunyai pemandangan yang unik dan jarang dikunjungi ramai.

Salah satu daripada syurga fotografi ini ialah sebuah pulau yang terletak dekat dengan Kuala Selangor. Pernah dengar Pulau Misteri? Menerusi perkongsian Aufirhan Rosland di Facebook, pulau yang juga dikenali sebagai Salar De Uyuni Malaysia ini asalnya ditemui penduduk tempatan sebelum ia menjadi tarikan pelancong dan peminat fotografi di Malaysia.

Sumber: Facebook

Pun begitu, sebelum anda berkemas-kemas untuk ke sana, Aufirhan mempunyai beberapa tips yang ingin disampaikan kepada pengunjung melalui pengalamannya yang hampir setengah hari di Pulau Misteri pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, perjalanan mereka sekeluarga bermula dari Shah Alam ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor itu mengambil masa sejam iaitu dari pukul 7 hingga 8 pagi setelah menempuh perjalanan sejauh 50km.

Setelah tiba di sana, mereka menunggu giliran sebelum dipanggil untuk menempati bot dengan dua orang lelaki yang bertanggungjawab dalam menguruskan setiap bot. Seorang pemandu dan seorang lagi pula tour guide merangkap jurugambar nanti.

Tambah Aurfirhan, setiap bot boleh memuatkan 11 orang dewasa dan enam orang kanak-kanak. Ia juga sangat selesa dan tidak terlalu padat berbanding bot-bot lain kebiasaannya. Bagi mereka yang mengalami mabuk laut, anda disarankan untuk mengambil ubat terlebih dahulu. Perjalanan 40 minit dengan bot deras dari jeti mungkin akan memualkan anda yang tidak biasa dengan situasi tersebut.

Menurut pengguna Facebook ini, beting pasir berdekatan dengan Pulau Misteri mula tular kepada pengunjung dalam dan luar negara selepas ia seakan-akan menyerupai pantulan imej atau Salar De Uyuni di negara Bolivia. Bagi melihat fenomena ini, anda difahamkan hanya boleh ke sana pada 1 dan 15 bulan lunar dan empat hari sebelum atau selepas tarikh, di mana paras air laut masih rendah. 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Apabila tiba di sana, anda diberikan masa lebih kurang satu jam hingga satu jam setengah untuk ambil gambar atau buat apa-apa aktiviti. Hal ini kerana, setiap hari pengunjung hanya boleh melawat dua kali sahaja ke sana ketika air surut. Manakala setiap sesi juga hanya lebih kurang empat jam sahaja. 

Dengan keluasan beting pasir sebesar lima padang bola, anda boleh gunakan masa yang ada untuk mengambil gambar sepuas-puasnya! Malah dinasihatkan juga untuk memakai pakaian yang tiada masalah jikalau basah dan semestinya smart serta bergaya. Elakkan pakai baju berwarna gelap kerana tidak sesuai untuk gambar mirror effect. Take note yang ni! 

Sumber: Facebook

Harga bagi setiap pakej pula tertera di bawah. Bagi mereka yang tidak pandai mengambil gambar, jangan bimbang! Ada jurugambar yang berpengalaman akan membantu anda. Apa yang lebih menarik, anda boleh juga membawa props anda sendiri seperti bunga, plate tulisan dan lain-lain ke sini.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, apabila cuaca sudah mulai panas, matahari akan mula menegak di atas kepala. Ini menandakan anda boleh beransur pulang kerana kawasan beting pasir ini tiada pokok atau tempat untuk berteduh. Namun sebelum pulang, jangan pula lupa untuk minta salinan gambar anda tadi di kaunter menggunakan pendrive atau dihantar terus ke emel. Mudahkan? 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bagi mereka yang lapar setelah seharian bergambar di Pulau Misteri, anda bolehlah ke restoran yang berdekatan atau makan nasi lemak dan air mineral yang disediakan pusat pengurusan tempat pelancongan tersebut.

Seronokkan? Jom ke Pulau Misteri! Jangan lupa ajak rakan dan ahli keluarga yang lain. 

Baca: Anda Pasti Tak Sangka Tempat Percutian Cantik Macam Ni Sebenarnya Kat Malaysia!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!