Sekitar 90-an ke tahun awal 2000 dulu, pastinya nama penyanyi-penyanyi ini telah menjadi dambaan korang, lagu mereka pasti menjadi siulan kita pada zaman itu.
Kini, nama mereka boleh dikatakan sudah ‘tenggelam’, namun mereka masih lagi wujud dan aktif dalam dunia hiburan cuma tidak sehebat di zaman kegemilangan mereka.
Mereka pernah cuba untuk buat ‘comeback’ tapi gagal, ini merupakan senarai penyanyi tersebut dan sebab kegagalan.
Artikel berkaitan: Di Sebalik Keterampilan Yang ‘Fabulous’, 5 Selebriti Hollywood Ini Ada Penyakit Kronik
Artikel berkaitan: Kisah Tragis Susan Cabot, Bintang Hollywood Yang Dib*nuh Oleh Anaknya Sendiri
1. Ja Rule

Sepanjang akhir 90-an ke awal 2000, Ja Rule ada menghasilkan beberapa album yang berjaya dan 6 albumnya juga telah meraih kedudukan 10 teratas dalam Billbord 200. Malah, 2 daripadanya berada di tangga pertama iaitu Rule 3:36 dan Pain Is Love bahkan pernah dinobatkan sebagai album multi-platinum!
Walau bagaimanapun, Ja Rule berdepan dengan pelbagai isu undang-undang sepanjang kerjayanya, termasuk hukuman penjara dua tahun pada tahun 2010 dan hukuman penjara 28 bulan lagi pada tahun berikutnya. Dia dibebaskan pada tahun 2013.
2. Ellen DeGeneres

Pernah suatu masa dahulu, Ellen DeGeneres merupakan nama terbesar dalam dunia hiburan menerusi rancangan bual bicara.
Namun pada tahun 2020, Buzzfeed melaporkan bahawa ada individu mendakwa pernah beekrja dengan Ellen mendedahkan bahawa bekerja dengan pengacara itu umpama neraka di bumi kerana dia sering membuat gangguan dan memberikan komen berunsur perkauman.
Walaupun rancangannya tidak dibatalkan, tayangan perdana musim kelapan belas program temu bualnya itu menerima kecaman hebat. Siaran Youtube juga mempunyai lebih banyak dislike. Ia juga dilaporkan bahawa jumlah penonton untuk minggu tayangan perdana rancangan itu menurun 30% daripada tahun sebelumnya.
3. Lil’ Kim

Lil’ Kim sangat terkenal berjaya sepanjang akhir 90-an dan 2000-an, termasuk tiga album yang berada di sepuluh teratas lagu, yang mana penampilannya dalam Lady Marmalade antara paling berjaya. Kim kemudian memilih untuk berehat seketika.
Dia yang berehat selama 14 tahun itu kemudian muncul dengan album ke-9 pada tahun 2019 namun kemunculan semulanya tidak berbaloi, album tersebut langsung tidak mendapat habuan dan gagal memasuki mana-mana carta utama mahupun menjadi single yang terkenal.
4. Gun N Roses

Gun N Roses antara band yang terbesar di dunia, empat album studio pertama mereka mencapai #1 atau #2 di carta dan masing-masing terjual lebih 5 juta jumlah salinan di Amerika Syarikat sahaja.
Keadaan menjadi perlahan dengan album The Spaghetti Incident? pada tahun 1993, kerana ia hanya mencapai #4 dalam carta yang merobek takhta multi-platinum. Mereka kemudian mengambil masa selama 15 tahun sehingga kumpulan itu membuat kemunculan kembali, dan hasilnya tidak begitu memuaskan.
Pada 23 November 2008, dunia akhirnya menerima lagu Chinese Democracy, namun lagu itu hanya menerima ulasan sederhana dan terjual dengan jumlah 1 juta unit. Kemunculan semula yang dinanti-nantikan itu langsung tidak kesampaian.
5. Vanilla Ice

Lagu Ice Ice Baby sangat popular hingga mencapai nombor 1 di 8 negara yang berbeza, termasuk Amerika Syarikat dan Zimbabwe.
Malah, ia mencipta sejarah dengan menjadi single hip hop pertama yang mencapai puncak Billboard Hot 100. Vanilla Ice kemudian berehat seketika daripada dunia muzik pada tahun 1993, tetapi apabila dia kembali, rakamannya yang seterusnya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pada tahun 2011, dia mengeluarkan album comebacknya W.T.F. (Wisdom, Tenacity and Focus). Ia tidak berjaya, dan Vanilla Ice tidak berada di carta Hot 100.
6. Paris Hilton

Walaupun berasal daripada keluarga yang sangat berjaya dan kaya, Paris Hilton mencipta nama melalui modeling dan realiti TV.
Paris Hilton pernah terkenal dengan “The Simple Life” bersama Nicole Richie dari tahun 2003 hingga 2007. Walaupun personanya yang berambut perang dan manja jelas dipertontonkan di hadapan kamera, rancangan itu menjadikannya sangat terkenal.
Disebabkan perdedaran zaman namanya menjadi pudar, lalu dia mula berkecimpung dalam dunia DJ dan kembali ke realiti TV dengan “Hollywood Love Story” terbitan Viceland, tetapi hasilnya agak hambar. Dia juga menjadi subjek dokumentari YouTube Original bertajuk “This Is Paris” pada tahun 2020.
7. Fergie

Fergie juga merupakan penyanyi yang berpengaruh pada tahun 2000-an. Selain kejayaannya sebagai anggota kumpulan Black Eyed Peas, Fergie juga berjaya sebagai artis solo.
Pada tahun 2006, Album The Dutchess mencapai #2 di Billboard 200 dan mendapat pensijilan platinum 5x. Album ini juga menghasilkan 3 lagi single nombor 1 iaitu “London Bridge”, “Glamorous,” dan “Big Girls Don’t Cry” dan nombor 2 untuk lagu “Fergalicious.”
Selepas kira-kira sedekad, Fergie kembali dengan Double Dutchess. Ia tidak begitu berjaya. Ia hanya mencapai #19 dan gagal menghasilkan sebarang single yang berjaya. Yang paling berjaya pun “L.A. Love (La La),” mencapai #27.
8. Iggy Azalea

Anak kelahiran Australia ini muncul dengan cara tersendiri dan mencipta sejarah. Dia menjadi artis kedua dalam sejarah yang memegang dua tempat teratas di Billboard Hot 100 dengan penampilan sulungnya di carta pada tahun 2014 selepas The Beatles dengan lagu “Fancy” dan “Problem.”
Namun, album In My Defense mencapai #50, jauh berbeza daripada album pertama The New Classic yang berada dikedudukan #3 Billboard. Single terakhirnya yang mencapai carta 5 teratas ialah “Black Widow” pada tahun 2014, namun tiada satu pun single daripada album In My Defense yang menembusi 50 teratas.
9. Kanye West

Pernah menjadi dambaan orang ramai, banyak penyanyi mahu ambilnya sebagai rakan duet dan setiap lagu pasti mencapai hit, semua itu berubah 180 darjah apabila Kanye West mula berkelakuan aneh dan mengeluarkan kenyataan anti-semitisme yang dianggap melampau bagi mereka di dunia hiburan di sana.
Sejak dari itu, Kanye West dilihat seperti tidak dipedulikan walaupun dia ada menghasilkan lagu baru. Malah, selain dalam dunia hiburan, dia juga hilang penajaan untuk perniagaannya serta rakan industri sisihkannya.
Sumber : watchmojo
