in

Perlu Tindakan Segera, Rekod Menunjukkan Ramai Lelaki Malaysia Kurang Subur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah kesuburan bukanlah sesuatu yang asing buat kita semua, malah isu ini juga merupakan salah satu punca kepada kes penceraian di Malaysia.


Menurut Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah, masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di Malaysia didapati semakin meningkat dan membimbangkan.

Berdasarkan rekod LPPKN, hampir 60 peratus ujian analisis sperma yang mencatatkan keputusan kurang normal dari tahun 2010 hingga 2019.

Malah menurut satu kajian antarabangsa, masalah kesuburan sebenarnya semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini dan isu ini melibatkan 7 peratus populasi lelaki dunia.

Tambah beliau lagi, antara faktor utama kepada masalah kesuburan lelaki adalah kurang keinginan untuk melakukan seks.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada isu ini adalah penyakit kencing manis, mati pucuk, ejakulasi pramatang dan kerosakan organ reproduktif.

Malah, faktor persekitaran juga boleh memberi kesan kepada masalah kesuburan seperti pendedahan berlebihan kepada suhu panas, asap tembakau dan kafein.

Apabila ditannya mengenai cara merawatnya, Shukur menjelaskan LPPKN ada menyediakan sesi kaunseling kepada suami yang mengalami masalah kesuburan dan rawatan susulan akan diberikan jika diperlukan.

Kadang kala kita hanya menjaga kecantikan luaran sahaja, sampai kita terlupa tentang kesihatan dalaman badan.

Sumber: Awani

 

BACA: “Not today!” – Lagi Gambar Tular, Bayi Lahir Sambil Pegang Alat Cegah Kehamilan Ibu

Sumber: Awani
Sumber: AAO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.