Negeri Perlis akan membenarkan pembukaan semula masjid secara sepenuhnya mulai Rabu ini dengan pelaksanaan SOP yang ketat.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran ini hanya diberikan kepada individu yang telah lengkap vaksin Covid-19.
Sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, baginda juga bertitah, surau dan tempat solat umum lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
Selain itu, individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri atas tujuan kerja tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir aktiviti itu.
Selain solat fardu berjemaah dan solat Jumaat, aktiviti lain yang turut dibenarkan adalah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, majlis akad nikah dan jamuan makan dengan edaran secara berbungkus.
Baca: “Salam dine-in dari Perlis” – Kongsi Gambar Dine-in Di Restoran Ramai Jealous Perlis Kini Fasa 3 PPN