in

“Perkhidmatan tak pilih bulu” – Batik Air ‘Dipuji’ Netizen Gara-Gara Insiden Beg Anak Presiden Jokowi

bagasi anak jokowi hilang batik air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan bagasi boleh dikatkan berlaku setiap hari dalam dunia penerbangan dan tidak dinafikan ada antara bagasi ini akan selamat sampai ke pemiliknya dalam tempoh beberapa hari tanpa sebarang masalah.

Baru-baru ini, perkara tersebut terjadi kepada anak bongsu Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo iaitu Kaesang Pangarep.


Berkongsi tentang perkara tersebut, anak presiden tersebut yang terkenal dengan sikapnya yang suka berseloroh telah menulis ciapan yang agak ‘nakal’ kepada Batik Air.

Screenshot 4 

Menerusi ciapan yang dibuat, difahamkan Kaesang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Surabaya, namun setibanya di sana, didapati bagasinya tiada dan sebaliknya setelah semakan dibuat, ianya berada di Kualanamu (Medan).

Selepas beberapa jam, Kaesang memberitahu bahawa bagasinya selamat sampai dalam satu ciapan yang lain yang disertakan dengan bukti bahawa destinasi yang tercatat di bagasi berkenaan adalah SUB (Surabaya) dan bukannya KNO, merujuk kepada kod lapangan terbang Kualanamu.

Apa yang menarik perhatian dalam kejadian ini adalah ramai netizen ‘memuji’ Batik Air kerana layanan yang diberikan kepada anak presiden ini sama seperti rakyat marhaen yang lain.

batik air hilangkan beg anak jokowi

Susulan insiden tersebut, pihak Batik Air menerusi jurucakapnya Danang Mandala telah mengesahkan bahawa syarikat penerbangan tersebut telah ‘tersalah letak’ bagasi milik Kaesang, namun ianya telah selamat dikirimkan padanya.

Bagasi tersebut sepatutnya terbang pada petang Ahad dalam penerbangan yang sama dengan Kaesang dari Singapura menuju ke Surabaya namun ianya tersalah destinasi dan telah dihantar ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Tambah Danang lagi, Batik Air telah melancarkan siasatan terperinci tentang insiden berkenaan yang telah menyebabkan bagasi milik anak presiden tersebut dihantar ke destinasi lain dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan syarikat penerbangan berkenaan.

Baca : [VIDEO] Gadis Terpaksa Potong ‘Extension’ Bulu Mata Sebab Nak ‘Renew’ Pasport

potong bulu mata

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.