in

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Tetap Akan Diteruskan – Menteri Kewangan

Ft Feri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan berita penutupan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah beroperasi lebih 120 tahun. Ia merupakan lambang ikonik Pulau Pinang dan menjadi tarikan pelancong domestik sehingga kini.


Tapi korang jangan bersedih lagi, baru petang tadi Menteri Kewangan mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan!

Feri

Lapor Bernama, perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

Katanya, kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri.

“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, akan dibayar secara dua ansuran tahunan, iaitu RM15 juta untuk 2021 adalah termasuk dalam peruntukan yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

Baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan.”

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 yang dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi perbahasan sebelum itu di Dewan Rakyat hari ini. – Kosmo

Feri2

Feri4

Feri5

Feri6

 

Baca : Tiada Lagi Pengangkutan Ikonik, Feri Pulau Pinang Bakal Digantikan Dengan Bot Laju Bermula 1 Januari

Ft Feri

Sumber: bernama
Sumber: Bernama
Sumber: Penangkini
Sumber: Penangkini
Sumber: Penangkini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.