in

“Perisa mayonis pun ada” – Ini 10 ‘Flavor’ Aiskrim Paling Pelik Di Dunia, Ada Yang Nak Cuba?

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin lama, semakin banyak jenis perisa aiskrim yang telah dicipta oleh penggemar makanan di seluruh dunia. Walaupun ada sesetengah orang yang kecam sebab rasa pelik, tapi kena ingat jugak, tak semua orang ada taste yang sama dengan kita.



Jadi, kali ini admin nak kongsikan sepuluh perisa aiskrim yang pelik di seluruh dunia.

#1 Perisa Dakwat Sotong

Aiskrim dakwat sotong atau pun dipanggil ikasumi di Jepun ini dikatakan amat popular di negara matahari terbit. Menurut Tokyo Creative, aiskrim berwarna hitam pekat ini mempunyai campuran dakwat sotong dan pewarna makanan.

Aiskrim 1

Difahamkan, aiskrim ikasumi ni pada mulanya dijual di kawasan pelancong namun lama-kelamaan ia mula dijual di kedai aiskrim biasa.

#2 Perisa Mayonis 

Untuk korang yang suka cicah fries dengan aiskrim McDonald’s, sekarang korang boleh cuba makan aiskrim mayonis. Menurut The Independent UK, perisa ini telah dicipta oleh sebuah kedai aiskrim di Falkirk, Edinburgh, Scotland pada tahun 2018.

Kyle Gentleman iaitu pemilik Ice Artisan Ice Cream menceritakan idea tersebut muncul sebab dia merupakan seorang pencinta mayonis. Untuk membuat aiskrim unik ni, dia telah mencampurkan mayonis jenama Hellman’s dengan aiskrim homemade buatannya.

Untuk yang tertanya-tanya macam mana lah rasanya, dia mengatakan aiskrim tersebut sangat creamy dan lembut.

#3 Perisa Lobster 

Harga seekor lobster memang mahal. Jadi, bayangkan kalau makanan laut ni dijadikan perisa aiskrim. Sebuah kedai coklat di Bar Harbor, Maine telah mencipta perisa ini dan ia memang famous sebab ada isi lobster dalam setiap gigitan. Berapa lah agak-agak harganya kan? 

#4 Perisa Kari India 

Dengar cerita, flavor ni juga antara yang sering jadi pilihan ramai di Jepun. Katanya, rasa aiskrim ini meliputi tiga rasa iaitu manis, sedikit pedas dan savory. Kena lah try sendiri kalau nak tahu kena ke tak dengan tekak korang. 

Aiskrim 4

#5 Perisa Buah Pelaga 

Buah pelaga atau cardamom ni selalu digunakan dalam masakan tradisional Melayu. Jadi, ia sesuai untuk orang yang suka rempah-ratus macam ni. Menurut MSN, aiskrim berperisa buah pelaga ini merupakan aiskrim deluxe di Finland. Ramai orang di sana menghidangkan aiskrim ni dengan buah atau wafel.

#6 Perisa Ghost Pepper 

Korang yang kaki makan pedas dan berapi tu pula boleh cuba perisa ni. Aiskrim ini telah dijual di The Ice Cream Store di pantai Rehoboth, Delaware dan ia juga telah dimasukkan dalam buku Ripley’s Believe It or Not pada tahun 2016, lapor laman web Mental Floss.

#7 Perisa Bawang Putih 

Restoran Stinking Rose di San Francisco menyajikan menu yang berasaskan bawang putih sampai pencuci mulut dan aiskrim dorang juga berperisa bawang putih. Rasa bawang tu memang menyengat dan aiskrim tersebut juga dihias dengan cengkerang coklat. Ada bran tak nk try ni? 

#8 Perisa Wasabi 

Rasanya ramai yang suka dengan flavor ni terutamanya dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Jepun. Walaupun wasabi asli pedas, namun aiskrim ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih ‘lembut’ dengan sedikit kemanisan berbanding wasabi original.

#9 Perisa Sotong & Sirip Jerung 

Jepun memang suka bereksperimen dengan makanan, jadi mereka telah mencipta pelbagai perisa aiskrim termasuklah sotong dan sirip jerung. Untuk korang yang nak rasa aiskrim ni, boleh lah ke muzium aiskrim di Ikebukuro, Jepun. 

Aiskrim 3

#10 Perisa Daging Kuda 

Sashimi daging kuda bukanlah sesuatu yang asing di Jepun. Hidangan ini terkenal di Kumamoto, Jepun dan jangan pelik kalau ada aiskrim yang diperbuat dari daging haiwan ni.

So, dalam banyak-banyak perisa aiskrim ni, yang mana satu yang paling korang nak cuba? 

Sumber: The Independent UK, Tokyo Creative, Poptens, MSN, TripZilla, Mentalfloss, Melancong Ke Jepun.com

Baca: HELLO POLIS? Ada Syarikat Indonesia Cipta Aiskrim Perisa Indomie, Siap Ada Bawang Goreng Tabur!

Aiskrim

Sumber: Pinterest
Sumber: Poptens

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.