Sebuah majlis persandingan yang meriah bertukar hiba selepas mendapat perkhabaran bapa kepada pengantin lelaki meninggal dunia.
Detik menyayat hati itu dikongsikan oleh jurugambar majlis tersebut menerusi akaun TikTok, @Fotorasi yang memperlihatkan suasana majlis bertukar sebak dengan tangisan ahli keluarga dan tetamu.
Artikel berkaitan: “Ini baru 1 Malaysia!” – Netizen Teruja Lihat Pengantin India Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Guna Adat Melayu
Artikel berkaitan: “Kesian dekat pengantin kenangan sekali je”- Jurugambar Tak Dapat Ambil Gambar Jarak Dekat Sebab Peraturan Masjid
“Majlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan, semoga arwah ditempat orang orang beriman. Sama kita sedekah Al-fatihah,” tulisnya di kapsyen video tersebut.
@fotorasi Majlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah
Video berkenaan membuatkan ramai netizen sebak serta bersimpati atas kehilangan bapa tersayang, tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman mereka kehilangan orang tersayang.
Dalam video berkenaan dapat dilihat kedua mempelai begitu sebak dan tidak dapat menahan air mata mereka.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mendapat lebih 2 juta tontonan serta lebih 1k komen.
Sumber: TikTok