Seorang kakitangan Facebook yang dikenalis ebagai Qin Chen didakwa terjun dari tingkat bangunan HQ syarikat tersebut di California.
Dikatakan, lelaki berumur 38 tahun itu bertekad untuk bunuh dirinya tanpa sebarang sebab untuk dikenalpasti.
Ketika polis sampai ke tempat kejadian, Qin dikhabarkan tak memberi sebarang tindak balas. Mereka cuba nak selamatkan Qin tapi gagal, Qin disahkan mati ditempat kejadian.
Kami bekerjasama dengan polis dalam penyiasatan dan memberi sokongan kepada pekerja. Walaupun keluarganya dah tahu, kami tak ada sebarang info yang patut dikongsi “
Lapor sumber CNET, pihak polis telah menjalankan siasatan. Jurucakap Facebook juga ada membuat kenyataan bahawa mereka tiada sebarang info untuk dikongsi.
Bagaimanapun, ada seorang YouTuber yang dikenali sebagai Shyau merasakan ada sesuatu yang tak kena pasal kes ni.
Macam ada yang tak kena – Bekas staff Facebook
Shyu ni merupakan bekas pekerja Facebook, dia ada muat naik satu video dan jelaskan pasal work culture bekerja di syarikat tersebut dan mendedahkan apa yang menyebabkan Chen bunuh diri.
Dia dapat info ini melalui Facebook Blind, satu aplikasi dalam untuk pekerja-pekerja di syarikat itu. Dari situ lah Shyu dapat syak yang Facebook sengaja nak cover pasal isu ni sepertimana kes-kes lain yang melibatkan pekerja mati di tempat kerja.
Video yang dimuatnaik pada Isnin lepas itu menceritakan kronologi yang mendorong Chen bunuh diri. Bagaimanapun, bagi Chen ini hanyalah sekadar spekulasi dan tidak dapat disahkan betul ataupun tidak.
Teori & konspirasi
- Chen sebelum ini bekerja di bahagian pengiklanan di Facebook, yang boleh dikatakan “kerja paling stress”
- Prestasi Chen teruk dan syarikat terpaksa hantar dia ke PIP (Program Kenaikan Prestasi). Kata Shyu, ia diibaratkan “haluan dimana pekerja boleh dipecat”. Menurut pekerja disitu individu yang kena masuk program tersebut adalah sangat memalukan.
- Chen cuba untuk memperbaiki diri dengan membuat permohonan pemindahan department sebelum dia dimasukkan ke PIP
- Dia dikatakan dah jumpa ‘tempat’ baru yang dia nak, tapi manager ‘sekat’ dia daripada berpindah dalam masa terdekat dan minta dia kekal di situ dengan menjanjikan pada akhir suku tahunan akan diberikan performance rating yang baik.
- Malangnya, pada hujung suku tahunan, dia dapat rating yang teruk daripada manager dia dan itu telah membataskan Chen untuk pindah department.
- Chen dah mula jelak apabila pihak pengurusan mengantarnya untuk membuat review SEV (Severe Site Event). Chen cuba tangguhkan proses itu tapi tak boleh.
- Sejam sebelum review, dia terus bunuh diri.
Kesemua andaian ini dikumpul oleh Shyu daripada aplikasi Blind tu. Dia juga ada buat satu poll dimana 61.8% daripada pekerja di syarikat itu mengaku yang mereka stress teruk bekerja di syarikat itu.
Baca : Suka Main IQ Test Kat Facebook? Hati-hati Sebab Lelaki Ni Kena Paksa Bayar RM180 Untuk Dapat Result!