Bagai melepaskan anjing tersepit, itulah peribahasa yang sesuai digambarkan bagi situasi yang dihadapi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.
Tular beberapa gambar di Facebook yang dikongsikan dalam group ‘I Love Tanjong Karang’ memaparkan keadaan sebuah rumah dalam keadaan yang sangat teruk dengan kerosakkan pada dinding serta diselubungi sampah-sarap yang bertimbun.
Menerusi Facebook, LZS telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang memberitahu pihak mereka amat kesal dengan perkara itu dan meminta agar pemilik rumah berkenaan agar membuat aduan rasmi ke LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.
https://www.facebook.com/zakatselangor/posts/pfbid02YP4ZyHdfJDikaYrM2NG61BgSeRzrvHLNRdRFTFjQib8CGBXF4WB7Zk4Ca5cYHXyil
LZS juga ingin mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan ini untuk amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa diduduki.
Tindakan menganiaya pemilik rumah sewa ini akan menyebabkan asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa hadapan,” tulisnya.
Selain itu, LZS turut memberitahu, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.
Bantuan berbentuk bulanan ini disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di Selangor.
Harap tak jadi lagilah benda macam ni, kesian tuan rumah…
Baca: “Tinggal rumah mcm puaka” – [VIDEO] Jijik! Tuan Rumah Menyesal Terima Penyewa Pengotor & Biadap