in

Penyanyi Wanita Sanggup Biarkan Diri Dijangkiti Covid-19 Hanya Sebab…

Ft Penyanyi China Sengaja Kena Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan penulis lagu dari China, Jane Zhang telah mengundang kemarahan orang ramai atas tindakannya yang sengaja membiarkan diri dijangkiti Covid-19.

Hal ini kerana pendedahan itu dibuat saat negara itu kini sedang mengalami peningkatan secara mendadak berkenaan dengan kes baharu Covid-19 varian Omicron BF.7, lapor wionews.com.


 

Sengaja ‘tadah diri’ kena positif Covid-19 

Perkara itu diakui oleh Zhang sendiri menerusi media sosialnya. Dia melakukan perkara tersebut selepas melihat rakan-rakannya yang telah diuji positif. Di Weibo, Zhang mendedahkan dia melawat homes of sheep (istilah untuk pembawa virus di China.)

Menurutnya, tujuan dia membuat tindakan aneh itu adalah sebagai persediaan untuk konsert Malam Tahun Baru yang akan datang. Dia mahu dijangkiti virus itu sebelum berlangsungnya konsert tersebut supaya tiada gangguan dalam jadualnya.

Screenshot 2022 12 23 170637

“Saya bimbang keadaan saya semasa melakukan persembahan pada Malam Tahun Baru nanti terjejas, jadi saya bertemu sekumpulan orang yang telah diuji positif kerana saya mempunyai masa untuk pulih daripada virus itu.”

Tambah penyanyi berusia 38 tahun itu lagi, dia tidur selepas menyedari mengalami beberapa simptom seperti demam, sakit tekak dan sakit badan.

Zhang turut menjelaskan bahawa gejala yang dialaminya serupa dengan pesakit Covid tetapi hanya bertahan sehari.

“Selepas tidur sehari semalam, semua simptom saya hilang… Saya hanya minum banyak air dan mengambil vitamin C, tanpa mengambil sebarang ubat sebelum saya sembuh.”

Sejak perkongsian itu tular di media sosial, Zhang dikritik dengan teruk kerana kelakuannya itu dianggap tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab, terutamanya pada masa China menghadapi kes Covid-19 yang mencanak naik.

Bagaimanapun, penyanyi itu memadamkan perkongsian tersebut daripada media sosial dan meminta maaf kepada orang ramai.

Screenshot 2022 12 23 170806

“Saya tidak mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat catatan saya sebelum ini. Saya memohon maaf kepada orang ramai,” tulisnya di Weibo.

“Saya bimbang jika saya dijangkiti ketika konsert diadakan, ia akan meningkatkan risiko rakan sekerja. Jadi saya berfikir adalah ia perkara yang tidak dapat dielakkan, mengapa tidak jatuh sakit sekarang sedangkan saya tidak memerlukannya. Meninggalkan rumah supaya saya boleh pergi bekerja selepas saya pulih? Ia lebih selamat untuk kita semua.”

Korang rasa korang akan lakukan perkara yang sama tak?

Baca : “Wajah sebelum dah cun habis!” – Aktres China Dedah ‘Nightmare’ Hujung Hidung Jadi Hitam Lepas Buat ‘Plastik Surgery’

Gao Liu 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.