in

Penyanyi Kelahiran Malaysia Ditemui Maut Di Stesen MRT Taiwan

Eison Chai Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi pop kelahiran Malaysia, Eison Chai ditemui mati hari ini di sebuah bangunan stesen MRT di daerah Luzhou di New Taipei, Taiwan.


Polis Presint New Taipei Luzhou berkata, Eison Chai yang berusia 40 tahun itu maut selepas terjatuh dari bangunan stesen tersebut kira-kira pada jam 10 pagi tadi. Polis kemudian menjumpai mayat penyanyi tersebut berhampiran Pintu 3 Stesen MRT itu.

Difahamkan, tiada laporan lain berkenaan insiden tersebut dan kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis bagi menyiasat kematian tersebut.

Sebagai info, Eison Chai menjadi terkenal selepas memenangi pertandingan nyanyian Taiwan “Super Idol” musim kedua yang berlangsung dari tahun 2008 hingga 2009, dia juga telah berkahwin dengan pelakon Taiwan, Hitomi Wu.

Dua hari lepas, menerusi laman Instagram miliknya, dia memuat naik swafotonya dengan kapsyen yang menyentuh hati.

“Love is the most difficult merit in the world, and also the easiest merit. Love her, and you will be able to live forever!” tulisnya. 

Ruangan komen di psoting terakhir itu dipenuhi dengan ucapan Rest In Peace oleh peminat dan pengikutnya.

Baca: “Semoga kuat!” –  [VIDEO] Korea Selatan Alami Banjir Terburuk Dalam 80 Tahun, 7 Dilaporkan Maut

Banjir Seoul

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.