Perasan tak, lagu Lemak Manis yang popular dengan bait lirik ‘lemak manis alah amboi-amboi’ menjadi siulan ramai dan sering dijadikan latar muzik di laman sosial TikTok.
Padahal, lagu rakyat yang dinyanyikan oleh penyanyi veteran Roslan Madun ini sudah dicipta berdekad lamanya. Ini bermakna lagu tersebut turut disambut baik generasi sekarang.
Kalau korang perasan, ramai artis menyanyikan kembali lagu-lagu malar segar dengan mengubah sedikit melodi. Contoh macam lagu Tiara yang dinyanyikan oleh Raffar Affar (penyanyi Indonesia), nyanyian asal kumpulan Kris.
Artikel berkaitan: “Rosak lagu, ya lah sikit tapi…” – Datuk M Nasir Respon Isu Cover Lagu Tiara Daripada Raffa
Terbaharu, seorang penyanyi dari negara seberang dilihat turut menyanyikan semula lagu rakyat ini.
Namun menjadi isu besar apabila dilaporkan penyanyi bernama Lina Rahim tidak memberi kredit kepada penyanyi serta komposer asal lagu ini tidak dinyatakan seolah-olah lagu tersebut adalah hak miliknya.
Artikel berkaitan: Lagu ‘Hello Kuala Lumpur’ Didakwa Ciplak Lagu Patriotik Negara Jiran, Cetus Kemarahan Netizen Indonesia
Menjengah ke ruangan komen di YouTube, rata-rata netizen yang sedia maklum mengenai lagu tersebut meluahkan rasa tidak puas hati dan mendesak supaya syarikat rakaman penyanyi itu memberikan kredit kepada penyanyi asal.
Malah, ramai yang meminta supaya penyanyi asal menyaman syarikat rakaman terbabit kerana telah melanggar akta harta intelek atas kesalahan plagiat.
Menerusi sumber ASEAN Skyline, Roslan yang sedia maklum mengenai isu tersebut mengakui kecewa dan akan mengambil tindakan lanjut atas apa yang berlaku.
Bagaimanapun, menerusi semakan terkini, pemilik akaun Youtube itu telah mengubah dengan meletakkan kredit kepada penyanyi asal dan ruangan komen juga ditutup.
Sumber: Facebook