Sebelum ni korang ada baca pasal pemuda cuba rompak pengawal bank guna pistol mainan tapi tak berjaya, tapi harini seorang penyamun berjaya merompak seorang suri rumah guna cara yang sama.
Disamun laki bertopeng
Seorang suri rumah diacukan pistol sebelum disamun lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Kampung Alur Pasir Bintang Permaisuri di sini, Jumaat lalu. – Lapor Sinar Harian
Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 1.15 petang itu telah menyebabkan mangsa kehilangan gelas emasnya yang dianggarkan bernilai RM5,000.
Mangsa yang berusia 59 tahun itu dikatakan sedang berehat seorang diri di rumahnya sebelum dikejutkan dengan kehadiran lelaki bertopeng.
Menurutnya, lelaki bertopeng tersebut terus datang kearahnya lalu mengacukan pistol di bawah tengkuk wanita berkenaan.
Tak tau rupanya pistol mainan
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata,
Tergamam dengan situasi itu, mangsa yang tidak tahu pistol diacukan itu hanyalah pistol mainan mendiamkan diri dan tidak berani untuk melawan.”
“Suspek terus menutup mulut mangsa menggunakan kain sehingga dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja gelang emas di pergelangan tangan kanannya dilarikan.”
Pistol mainan ‘made in China’
Susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis dan satu serbuan dilakukan pada hari yang sama jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kampung Alor Pasir Bintang.
Semasa serbuan di lokasi, ada seorang wanita di rumah berkenaan yang menunjukkan sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan jingga yang dibuang di atas tanah di hadapan rumah berkenaan.”
Pistol yang dibuat dari China itu dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.