Nampaknya acara pembukaan sukan Olimpik Paris 2024 terus menerima kritikan daripada pelbagai negara apabila rakyat Korea Selatan pula mengecam negara tuan rumah sukan ini iaitu Perancis apabila penyampai acara pembukaan tersebut yang berbahasa Perancis telah membuat kesilapan.
Kesilapan tersebut adalah apabila penyampai acara tersebut telah memperkenalkan negara Korea Selatan dengan nama rasmi negara Korea Utara.
Memetik laporan BBC, apabila kontinjen Korea Selatan berarak ketika acara pembukaan itu, penyampai acara itu yang berbahasa Perancis dan Bahasa Inggeris telah memperkenalkan Korea Selatan dengan nama rasmi Korea Utara iaitu Democratic People’s Republic of Korea dalam bahasa Inggeris dan Republique populaire democratique de Coree dalam bahasa Perancis.
Untuk pengetahuan semua, nama rasmi negara Korea Selatan ialah Republic of Korea (ROK) dalam bahasa Inggeris.
Artikel Berkaitan: Kontinjen Palestin Jadi Tumpuan Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024
Artikel Berkaitan: Jumlah Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Malaysia Ke Olimpik Paris, MOM Beri Penjelasan
Dalam masa yang sama, nama negara Korea Selatan pula disebut dengan betul ketika acara pembukaan tersebut.
Kesilapan penggunaan nama negara itu sudah tentu mencetuskan kemarahan dan ketidaksenangan rakyat Korea kerana ramai sudah sedia maklum tentang hubungan antara kedua-dua negara tersebut.
Kementerian sukan Korea Selatan kesal dengan kesilapan pihak penganjur Olimpik Paris 2024 itu dan pihak mereka juga meminta untuk bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membincangkan tentang isu tersebut.
Sumber: BBC