Penumpang melalui detik cemas apabila sebuah gerabak monorel terbakar di bahagian hadapan di Stesen Maharajalela menghala KL Sentral. Menurut Awani, kejadian itu berlaku awal pagi tadi menyebabkan perkhidmatan monorel di stesen itu tergendala.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu digegaskan ke lokasi pada jam 7.27 pagi.
“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran melibatkan gerabak penumpang di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral.”
“Kesemua penumpang berjaya dibawa keluar oleh petugas stesen monorel secara selamat dari gerabak tersebut sebelum anggota bomba tiba.”
Kesemua penumpang selamat keluar sebelum bomba sampai untuk memadamkan api. Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.56 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1341916786019586049
Rapid KL memaklumkan buat masa ini tiada perkhidmatan monorel antara stesen KL Sentral dan Maharajalela. Justeru, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan alternatif.
“Pasukan teknikal kami berada di tapak kejadian menyiasat kejadian kereta api tergendala.”
Van ulang alik percuma turut disediakan bagi mengangkut penumpang dari Stesen KL Sentral, Tun Sambanthan dan Maharajalela.
Baca: “Full refund untuk barang rosak” – Lori Kurier Terbakar Di Cheras, Ini Penjelasan Lazada