in

Pening Dengan Jadual Kelas 3 Orang Anak, Lelaki Ini Cipta Aplikasi Urus Aktiviti Sekolah

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, rata-rata institusi pembelajaran mengamalkan konsep Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPDR) atau dalam bahasa mudahnya, Online Distance Learning (ODL).


Situasi ini memberi sedikit kesukaran kepada ramai pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.

E Learning

Mana tidaknya, ibu bapa perlu sekurang-kurangnya menyediakan telefon pintar yang boleh mengakses internet untuk kegunaan kelas atas talian, di samping perlu peka dengan jadual kelas anak-anak.

Turut mengalami masalah yang sama, seorang pembangun web ada berkongsikan aplikasi yang diciptanya sendiri khusus untuk kegunaan anak-anaknya yang masih bersekolah.

Zulfa Junaidi, ada memuat naik beberapa gambar tangkap layar aplikasi JadualSekolah ciptaannya di dalam satu ciapan di Twitter. Terang pembangun web ini, aplikasi ini dicipta khas untuk menyimpan jadual sekolah dan pautan Google Meet kelas anak-anaknya.

1 14

2 7

Ketika ditemu bual oleh Lobak Merah, Zulfa berkata dia mengambil masa 3 jam untuk menyiapkan aplikasi ini. Dengan menggunakan Visual Studio Code, dia memilih kerangka Laravel dan bahasa pengaturcaraan PHP sebagai teknologi disebalik JadualSekolah.

Terang Zulfa, dia kini bercadang untuk melancarkan aplikasi ini dalam bentuk web untuk kegunaan umum, memandangkan ramai yang menyatakan minat terhadap aplikasi JadualSekolah ini.

4 7

Esjw4W Uwae8Ulv

Zulfa kini sedang dalam proses untuk menambah beberapa fungsi baru seperti notifikasi jadual dan penjejakan kehadiran. Jika aplikasi web JadualSekolah ini dibuka kepada umur, pasti ramai ibu bapa dan pelajar yang dapat memanfaatkannya untuk tujuan peribadi.

Cuba bayangkan jika aplikasi web ini dibuka kepada umum, kelas secara dalam talian pastinya menjadi lebih mudah buat pelajar sekolah!

Kemas kini:

Menurut Zulfa Junaidi, aplikasi ini baru sahaja siap untuk kegunaan umum secara percuma. Buat anda yang berminat, boleh tekan pautan berikut JadualKu.com.

 

Kredit: Zulfa Junaidi

 

BACAPelajar 10 Tahun Buta Kerana Kelas Online, Dakwa Radiasi Telefon Jadi Punca

Untitled 1 6

Sumber: Zulfa
Sumber: Zulfa
Sumber: Zulfa
Sumber: Zulfa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.