in

Peniaga iPhone Viral Lepas Hantar Kain Kafan Kepada ‘Scammer’, Netizen Sokong Siap Suruh ‘Pack’ Tanah Sekali

Scammer Iphone 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, setiap pekerjaan memang ada cabaran mereka yang tersendiri. Peniaga juga tak terkecuali. Selain daripada berdepan dugaan kenaikan harga barang dan kerenah pelanggan yang pelbagai, ada juga peniaga diluar sana yang pernah menjadi mangsa penipuan scammer.



Di Indonesia, seorang peniaga telefon pintar juga berdepan dengan situasi sama dimana dia ditipu seorang pelanggan yang mahu membeli telefon pintar jenama iPhone. Nasib baik peniaga ni check dulu bukti transfer yang dihantar pelanggan tu, terus terkantoi yang bukti transfer tu sebenarnya palsu.

Suara.com melaporkan, menerusi perkongsiannya di laman sosial TikTok, penjual telefon pintar terbabit ada menunjukkan bukti perbualannya bersama si pembeli menerusi aplikasi WhatsApp. Si pembeli juga ada mengirimkan bukti pembayaran. Namun begitu, setelah diperiksa, ternyata bukti itu palsu.

Scammer Iphone E1642209187847

Jelas si penjual, dia sebenarnya sudah biasa menemukan kes penipuan seperti ini. Malah, mendedahkan tak susah pun bagi seorang pembeli untuk check sama ada bukti pembayaran pelanggan mereka tu benar atau palsu.

Nak kasi pengajaran sikit

Scammer Iphone 1 E1642210443757

Kalau sesetengah peniaga bila dah jumpa scammer macam ni, memang auto block terus tapi bagi peniaga ni pula, dia nak berikan pengajaran pada si scammer ni dengan cara mengirimkan kain kafan yang diletakkan di dalam kotak iPhone. Mesti shook si pembeli tu!

“Makanya jangan menipu orang. Ingat, apapun yang kita lakukan nantinya akan diminta pertanggung jawaban,” tulis si penjual tersebut pada satu nota.

Scammer Iphone 2 E1642210651908

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian wanita itu di laman TikTok mendapat banyak perhatian pengguna media sosial. Video itu juga sudah mendapat 4 juta tontonan.

Rata-rata warganet menyokong tindakan si peniaga ini. Malah, ada juga yang beri cadangan sepatutnya si peniaga guna kaedah Cash on Delivery (COD) masa hantar barang ni kat si scammer tu. Ada juga yang berseloroh dan meminta si peniaga membungkuskan sekali tanah untuk si scammer.

Sumber: Suara.com

Baca: Tak Percaya Jenazah COVID 19 Telah Disolatkan, Penduduk Tergamak Halang Ambulans & Gunting Kain Kafan

Cungkil Peti Mayat E1642208281475

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.