Kewujudan zoo adalah penting dalam masyarakat kerana ia merupakan antara medium pembelajaran terutamanya buat kanak-kanak yang baru mengenali haiwan. Tapi sejumlah wang yang sangat banyak diperlukan untuk memastikan haiwan sentiasa terjaga. Kalau tidak, banyak haiwan akan terseksa.
Kejadian yang berlaku di Nigeria ini pasti membuka mata banyak pihak kerana keadaan haiwan yang diletakkan dalam kandang itu dilihat sangat menyedihkan.
Perkongsian dibuat oleh seorang pengunjung yang tidak mahu dikenali berkata, setelah dia membayar $1(RM4) sebagai harga tiket, dia tidak menyangka akan berhadapan dengan pemandangan yang mengerikan ini.
Raja Rimba Kelaparan
Pengunjung tersebut dikatakan begitu teruja untuk melihat singa buat pertama kalinya, kerana sebelum ini dia hanya melihat haiwan itu melalui televisyen dan majalah sahaja.
Namun alangkah terkejutnya dia apabila, singa jantan yang dilihat itu tidak seperti yang dibayangkan.
Keadaan haiwan itu dikatakan begitu kurus sehingga memperlihatkan bahagian tulang rusuknya.
Saya sangat terkejut serta tidak senang dengan apa yang dilihat. Ini adalah pertama kali saya melihat singa. Selalunya saya hanya melihat haiwan itu di kaca tv, majalah serta filem.
Bukan itu sahaja, menurut pengunjung itu kandang yang menempatkan haiwan-haiwan di zoo tersebut berada dalam keadaan yang tidak terurus lapor Daily Mail.
Lelaki itu turut merakam situasi itu dan terus menghubungi badan kebajikan haiwan, Wildatlife bagi mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan singa itu.
Berdasarkan gambar yang dirakam, singa tersebut dilihat berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan tulang rusuknya yang timbul akibat terlalu kurus berbeza dengan berat singa jantan yang biasanya mencecah 420 pound (190 kg) dan 280 pound bagi singa betina (127 kg).
Zaki Diselamatkan
Singa yang diberi nama Zaki akhirnya diselamatkan walaubagaimanapun masih berada dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa juga sedang menyiasat perkara itu.
“Doktor haiwan telah dihantar untuk memberi bantuan perubatan kepada Zaki. Tetapi dia memerlukan rawatan lebih lanjut dan akan ditanggung oleh WilfatLife. Kami sedang menunggu diagnosis penuh dari doktor haiwan dan melaporkan punca perkara ini boleh berlaku.
“Zaki kini sedang menerima rawatan dan kes dalam siasatan. Sekiranya dia dapat diselamatkan, kami akan meletakkannya di tempat perlindungan. Tetapi dalam keadaannya yang kritikal pada waktu ini, usaha itu tidak dapat diteruskan buat sementara waktu,” – Jurucakap
Selain Zaki, beberapa haiwan lain yang menjadi mangsa zoo tersebut turut diselamatkan.
Baca : Tengah Hari Dapat Info, Petang Tu Juga Ustaz Ebit Lew ‘Turun Padang Hulur Bantuan Untuk Zoo Negara