in

Pengunjung Panik Tiba-tiba ‘Emergency Announcement’ Di KLCC, Siap Disuruh Keluar! Rupanya Sebab Rokok Je

Page Klcc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular seketika video dan juga beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna media sosial tentang insiden cemas yang berlaku di bangunan tertinggi di negara kita iaitu KLCC.


Difahamkan menerusi perkongsian video di Twitter milik @nasuhamhsbr, ramai yang panik selepas staf di KLCC membuat pengumuman kecemasan untuk meminta semua agar keluar dari bangunan tersebut dengan kadar segera.

Dalam video itu juga, rata-rata terpinga-pinga dan tertanya tentang apa yang terjadi di dalam bangunan tersebut malah timbul beberapa spekulasi mengatakan terdapat kebakaran yang berlaku kerana ada beberapa kedai di dalam KLCC yang mengalami gangguan elektrik.

“False alarm sebab ada orang smoke je” – Netizen

Kejadian mengejutkan itu telah menyebabkan perkataan ‘KLCC’ trending di Twitter kerana ramai yang berkongsikan tweet untuk maklumkan status terkini mengenai kejadian tersebut.

Menerusi satu perkongsian lain di Twitter, pengguna ini mendedahkan kisah sebenar di sebalik pengumuman kecemasan yang dibuat itu. Ternyata ianya dibuat disebabkan ‘false alarm’ yang didapati berpunca dari asap rokok.

Bukan dari pengguna ini saja, malah ada lagi beberapa pengguna Twitter yang lain mengatakan hal yang sama mengenai punca ‘false alarm’ itu. Kejadian mengejutkan itu telah menyebabkan ramai yang terkesan sehingga pihak bomba juga turut hadir di KLCC.

Hmm, min harap lepas ni yang nak merokok tu merokok lah kat tempat yang dah reserved as smoking area ehh? Supaya dapat elakkan perkara yang sama daripada berulang.

Baca: “Covid dah habis ke?” – Netizen Bimbang Ramai Bersesak Di KLCC Sempena Program Keluarga Malaysia

Untitled 2 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.