in

Penggunaan Kanta Lekap Berwarna Jatuh Hukum Haram?

Kanta Mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak-sejak dah ada Instagram dan handphone ni, kalau boleh semua orang nak selfie dan nampak cantik sepanjang masa.


Kalau pakaian untuk OOTD dah cantik, mestilah muka pun nak mekap sama bagi sepadan dengan outfit tu kan?

Sesetengah orang pula akan pakai kanta lekap atau contact lense berwarna untuk serlahkan lagi kecantikan diorang selepas disolek.

 

Pakai contact lense berwarna hukum haram?

Namun perkongsian di Twitter ni membuatkan netizen sedikit bingung. Sebab dikatakan pemakaian contact lense berwarna haram.

Menurut gambar dikongsikan oleh Instafamous, Sharifah Rose, penggunaan contact lense berwarna haram antaranya kerana meniru perbuatan orang kafir dan mengubah ciptaan Allah swt.

Contact Lense 1
sumber: twitter

Bagi mereka yang dah selalu pakai, mestilah kenyataan ni agak mengejutkan sebab bukan sikit orang yang berniaga dan memakai kanta lekap berwarna ni.

 

Kalau rabun takpe la kot. Ye ke?

Benda berkait dengan hukum-hakam ni kita tak boleh buat main-main.

Dah tentu buat netizen cuak, sebab sesetengah orang pakai sebab memang tak selesa pakai cermin mata jadi diorang pilih pakai contact lense. Tapi tak kurang juga yang memakai sebab nak melawa.

Ada pendapat kata, kalau rabun takpe la kot. Ye ke?

Contact Lense 2
sumber: twitter
Contact Lense 3
sumber: twitter
Contact Lense 4
sumber: twitter
Contact Lense 5
sumber: twitter

Haa, kan dah pening masing-masing. Ada kata boleh, ada yang kata tak.

 

Pemakaian contact lense dibolehkan hanya bagi tujuan perubatan

Daripada masing-masing pening kepala bagi pendapat boleh ke tak ke, apa kata kita rujuk pada sumber sahih dan boleh dipercayai?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, pemakaian contact lense dibolehkan jika ia bagi tujuan perubatan.

Maknanya, kalau rabun saja boleh dan bukan untuk tujuan perhiasan.

Kanta Mata 7
sumber: pejabat mufti wilayah persekutuan

Bukan suka-suka boleh pakai tapi kena ikut syarat-syarat yang disebutkan ni.

Antaranya tak memudaratkan mata pemakai dan bukan bertujuan untuk bermegah-megah dengan orang lain.

Termasuk yang pakai semasa bertunang dan sebagainya.

Contact Lense 8 1
sumber: pejabat mufti wilayah persekutuan

Kesimpulannya, kalau ia dah sampai kepada tahap membazir, memudaratkan dan boleh mengakibatkan fitnah, seelok-eloknya pemakaian kanta lekap berwarna ni dielakkan.

Jadi kalau setakat nak melawa dan berhias tu, dah jatuh hukum haram pemakaian lense berwarna.

Baca: 5 Agamawan Tegur Hentikan Budaya Dakwah Sentap, Musibah Bukan Hukuman Dari Allah

Palu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.