in

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Kecewa, Pesakit Covid-19 & Keluarga Dikecam Tiap Kali Ada Kes Baru

Ft Ganu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara ini, pelbagai inisiatif diambil kerajaan untuk menimbulkan kesedaran terhadap orang ramai.


Namun tugas untuk menghapuskan virus ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Di Terengganu, kes positif yang dicatatkan adalah sebanyak 149 kes dengan 5 kes baru dan 31 kes aktif.

Capture 2 2 2

Kes baharu yang dicatatkan itu adalah dua kes dia Kuala Nerus, dua di Dungun dan satu kes di Kuala Terengganu.

“Berbanding tujuh daerah lain di negeri ini, Hulu Terengganu setakat ini belum mencatatkan sebarang kes, manakala sejak Isnin lalu 16 premis diarahkan ditutup sementara untuk tujuan sanitasi bagi mengelakkan penularan penyakit,”Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus

Premis yang terlibat adalah sekolah, klinik swasta, kedai makan, masjid, surau serta tadika lapor Berita Harian.

Bagaimanapun Covid-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan pesakit, ia turut memberi kesan kepada kehidupan sosial individu tersebut.

Pesakit dan keluarga seringkali perlu berhadapan dengan kecaman masyarakat setiap kali kes baru dilaporkan

Tidak cukup dengan itu, premis yang pernah dikunjungi pesakit turut menerima tempias kecaman tersebut.

Min pasti pesakit dan keluarga sedang kesusahan janganlah kita menambahkan lagi beban mereka

“Tohmahan dan kecaman sebahagian masyarakat mendatangkan ketakutan yang melampau, terutamanya membabitkan kanak-kanak,”

Jadi ada baiknya sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang kita lebih rasional dalam berkata-kata.

Tiada siapa yang ingin dijangkiti virus ini, jadi sama-samalah kita teruskan norma baharu ini. 

 

Baca : Pelajar Dikesan Kontak Rapat Pesakit Positif Covid-19, Dua Lagi Sekolah Di Kuala Nerus, Terengganu Diarah Tutup Sementara

Capture 5 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.