Kalau korang perasan, baru-baru ini tular satu memo dalaman yang dikeluarkan di Hospital Sungai Buloh melarang menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit di sana.
Memo bertarikh 9 Ogos itu menerangkan, selepas mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Hospital Sungai Buloh dibuat pada selasa lalu, mereka bersetuju untuk menguatkuasakan larangan ini ekoran terdapat laporan dan aduan tentang peningkatan sisa makanan dan sampah sarap yang tidak terurus dan gangguan makhluk perosak yang telah menjejaskan kebersihan.
Hospital Sungai Buloh bans food delivery apps.
I remember clearly gomen hospital cafeterias are dirty and their food clearly below standards. I rather starve than eat their food. pic.twitter.com/f0nruaDYTv
— Dr Ingky (@dr_ingky) August 10, 2022
Namun begitu, Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr. Kuldip Kaur Prem Singh telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa pihak pengurusan telah pun menarik balik semua larangan yang ditetapkan berkuat-kuasa serta merta.
Kenyataan Media Hospital Sungai Buloh
Isu Larangan Menggunakan Khidmat Penghantaran Makanan Secara Dalam Talian Untuk Kakitangan dan Pesakit di Hospital Sungai Buloh pic.twitter.com/EZE9CnxtWO
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) August 11, 2022
Penarikan balik ini dibuat selepas memo ini tular di media sosial, ramai netizen telah meluahkan rasa tak setuju dan simpati ke atas kakitangan hospital yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam dan sukar untuk keluar mencari makanan.
Semalam, Ahli Parlimen Bandar Kuching turut mempersoalkan mengenai memo yang tular ini dengan memanggil tindakan tersebut sebagai “tidak logik” dan “tidak adil”.
Dr Kelvin Yii mengatakan beliau mendapat tahu tujuan memo ini dikeluarkan adalah untuk melindungi kafeteria hospital.
This for me is illogical and unfair for healthcare workers especially those on-calls after 6pm when the cafeteria closes.Even if you want help the cafeteria, not at the expense of the choice & convenience for the health workers. I hope @KKMPutrajaya takes note. pic.twitter.com/tZSQamW39w
— Kelvin yii (@Kelvinyii88) August 10, 2022
Pengarah Hospital Sungai Buloh bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital.
Baca: Pengarah Kesihatan Sahkan Penggunaan Katil ICU Di Hospital Sungai Buloh Cecah 96%