in

Penduduk Di Sini Pening Tayar Kereta Pancit, Rupanya Gara-gara Anjing Sakit Gusi!

F2 Tayar Pancit Anjing Gigit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk di sebuah bandar di Itali pelik dan pening kepala memikirkan siapalah individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memancitkan tayar kereta mereka.


Kisah bermula pada bulan Julai yang lalu apabila seorang pemilik kereta di bandar Vastogirard mendapati bahawa tayar keretanya pancit dan ia dipercayai pancit akibat perbuatan khianat kerana ada kesan pancit yang berkemungkinan besar dibuat oleh manusia.

Denny Muller Fxrcbtoy8Fw Unsplash

Pemilik kereta itu membuat laporan polis tentang kejadian tersebut dan polis kemudiannya datang membuat pemeriksaan di kawasan tempat individu tersebut meletakkan keretanya.

Namun, selepas penyiasatan ringkas, tiada suspek yang dapat dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan: “Aduh, Kesiannya Menangis Tahan Sakit”- Anjing Jalanan Menderita Sakit Sendi Disebabkan Obesiti

Artikel Berkaitan: “Dia tinggalkan makanan…” – Perwatakan Anjing Berubah Lepas ‘Kawan Baik’ Pergi Selamanya

Walau bagaimanapun, sekitar bulan Oktober pula, pihak polis telah menerima laporan bahawa kejadian tayar pancit yang sama tetap berulang terutamanya di sekitar dataran di bandar tersebut sehingga ada yang berspekulasi mungkin kejadian tayar pancit itu disebabkan oleh kumpulan Mafia.

Tak lama kemudian, misteri tayar pancit itu telah menyebabkan kekecohan dalam masyarakat dan ini menyebabkan kamera litar tertutup (CCTV) akhirnya dipasang di sekitar lokasi kejadian untuk menangkap si pelaku.

Misteri akhirnya terungkai apabila kamera CCTV mendedahkan bahawa kejadian itu terjadi disebabkan oleh seekor anjing yang telah menggigit tayar-tayar kereta.

4 4

Menurut pemilik anjing yang juga mangsa tayar pancit itu mengakui bahawa anjingnya itu sudah lama mengalami masalah gingivitis atau penyakit gusi.

Namun, tuan anjing itu tidak menyangka masalah penyakit gusi itu menyebabkan haiwan peliharaannya mengigit tayar kereta kerana ketidakselesaan dalam mulutnya.

Difahamkan juga, pemilik anjing itu kemudiannya harus membayar ganti rugi kepada pemilik-pemilik kereta yang terkesan akibat kes tayar pancit ini.

Macam tu rupanya…

Sumber: Oddity Central

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.