Pembedahan plastik bukan satu prosedur yang asing buat rakyat di negara kita. Walaupun jarang kita dengar rakyat Malaysia menjalankan pembedahan plastik, namun negara jiran kita Thailand cukup terkenal dengan pelbagai prosedur kecantikan yang berbagai-bagai.
Thailand dan Korea Selatan adalah dua negara yang seringkali dikaitkan dengan pembedahan plastik. Dari pembedahan menipiskan bibir sehingga pembedahan seluruh wajah sehingga tidak dikenali oleh ibu sendiri, pelbagai kisah pernah kita dengar tentang prosedur kecantikan ini.

Terbaru, Nextshark melaporkan bahawa seorang individu dikenali sebagai Ratchadapong Prasit dari Thailand telah menjalani kira-kira 30 kali pembedahan plastik sejak dua tahun lalu untuk kelihatan tampan seperti artis K-Pop.
Hidung mancung dan berdagu runcing, Ratchadapong mengakui bahawa dia telah membuat pembedahan di dahi, hidung, dagu dan mulutnya. Dia juga mendapatkan suntikan di sekeliling mata dan hidungnya.


Jauh berbeza dengan rupanya dahulu, lelaki berusia 23 tahun ini kini mahu dikenali dengan nama Minho. Choi Minho merupakan seorang artis yang menganggotai kumpulan K-Pop terkenal SHINee. Minho Ratchadapong yang tampil lebih kacak selepas menjalani pembedahan kini memiliki ramai peminat dan pengikut di media sosial.
Walau bagaimanapun, Minho menjadi lebih popular setelah gambar sebelum dan selepas pembedahannya tular di internet. Dia juga bangga memaklumkan bahawa semua prosedurnya dilakukan oleh doktor di Thailand dan bukannya Korea Selatan.



Berbelanja lebih RM40,000 untuk mendapatkan rupa yang diingini, Minho juga memberitahu bahawa dia sudah bertahun-tahun memasang niat mahu melakukan pembedahan kerana tidak berjaya dalam hubungan cinta dan gagal mendapat pekerjaan.
Minho mengeluh terkenangkan kisah silam dan berpendapat bahawa kecantikan dalaman bukanlah perkara terpenting untuk seseorang individu.
“Saya sudah tujuh kali memohon untuk bekerja di panggung Pattaya namun permohonan saya sentiasa ditolak dengan pelbagai alasan,” kata Minho.


Walaupun sudah menjalani berpuluh-puluh pembedahan, Minho dikatakan masih mahu mendapatkan lebih banyak pembedahan di masa akan datang.
Ada nampak sama macam Minho kumpulan SHINee tak?
Baca: Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal